Norhayati Paradi

KESEIMBANGAN PROMOSI PELANCONGAN PERLU SELARI KEPEKAAN SOSIAL

KUALA LUMPUR, 1 Mei (IKIM) – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan keperluan untuk memastikan usaha memperkukuh sektor pelancongan negara dilaksanakan secara seimbang dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat serta nilai dalam kerangka Malaysia MADANI. Menurut Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, inisiatif kerajaan dalam merancakkan sektor pelancongan melalui pelbagai program promosi adalah langkah yang wajar […]

KESEIMBANGAN PROMOSI PELANCONGAN PERLU SELARI KEPEKAAN SOSIAL Read More »

KONVENSYEN PSIKOSPIRITUAL PERKUKUH KESEJAHTERAAN INSAN MADANI

KUALA LUMPUR, 29 April (IKIM) – Usaha memperkukuh kesejahteraan insan secara holistik terus diperkasa menerusi penganjuran Konvensyen Kesejahteraan Spiritual dan Psikologi Komuniti serta Persidangan Meja Bulat Hala Tuju Kesejahteraan Psikospiritual dalam Komuniti 2026 oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA. Program yang berlangsung di Mercure Hotel Selayang itu menghimpunkan pakar pelbagai bidang

KONVENSYEN PSIKOSPIRITUAL PERKUKUH KESEJAHTERAAN INSAN MADANI Read More »

56 KAPAL GLOBAL SUMUD FLOTILLA MULAKAN PELAYARAN MENUJU GAZA

KUALA LUMPUR, 28 April (IKIM) – Sebanyak 56 kapal di bawah misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) telah memulakan pelayaran dari Pelabuhan Catania, Itali menuju ke perairan antarabangsa dalam usaha menyampaikan bantuan ke Gaza. Menurut kenyataan Sumud Nusantara Command Center (SNCC), armada tersebut terbentuk hasil penggabungan strategik antara 40 kapal dari Barcelona dengan kumpulan kapal

56 KAPAL GLOBAL SUMUD FLOTILLA MULAKAN PELAYARAN MENUJU GAZA Read More »

PERHIMPUNAN AGENSI HAL EHWAL AGAMA PERKUKUH STRATEGI, SERU WARGA JADI PENCERITA KETAMADUNAN ISLAM

PUTRAJAYA, 27 April (IKIM) – Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bilangan 2 telah berlangsung di Auditorium Kompleks Islam di sini hari ini. Perhimpunan yang bertujuan untuk memperkukuh hala tuju strategik serta menyelaras peranan dalam memperkasa agenda pembangunan ummah ini telah menghimpunkan warga agensi di bawah portfolio berkenaan

PERHIMPUNAN AGENSI HAL EHWAL AGAMA PERKUKUH STRATEGI, SERU WARGA JADI PENCERITA KETAMADUNAN ISLAM Read More »

ABIM SERU ELAK POLEMIK LEVI SELAT MELAKA, KEKALKAN KESTABILAN GLOBAL

KUALA LUMPUR, 23 April (IKIM) – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa agar sebarang cadangan mengenakan levi ke atas kapal di Selat Melaka diteliti secara berhati-hati bagi mengelakkan polemik baharu yang boleh menjejaskan kestabilan laluan perdagangan global. Menurut ABIM, Selat Melaka merupakan laluan strategik dunia yang mengendalikan kira-kira satu perempat perdagangan global, justeru sebarang gangguan

ABIM SERU ELAK POLEMIK LEVI SELAT MELAKA, KEKALKAN KESTABILAN GLOBAL Read More »

KONGRES GLOBAL SUMUD MEMUNCAK DENGAN PERARAKAN BESAR KE PARLIMEN EROPAH

BRUSSELS, 20 April (IKIM) – Kongres Parlimen Global Sumud dijangka mencapai kemuncaknya melalui satu perarakan besar-besaran menuju Parlimen Eropah pada 22 April ini, melibatkan lebih 200 pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ahli parlimen, pakar undang-undang serta pemimpin masyarakat sivil dari seluruh dunia. Perarakan yang akan bermula di Mont des Arts sebelum berakhir di Place du

KONGRES GLOBAL SUMUD MEMUNCAK DENGAN PERARAKAN BESAR KE PARLIMEN EROPAH Read More »

284 JEMAAH HAJI MALAYSIA BERLEPAS, TANDA BERMULA MUSIM HAJI 1447H

SEPANG, 18 April (IKIM) – Seramai 284 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan bermulanya musim haji bagi tahun 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 4.05 pagi menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad

284 JEMAAH HAJI MALAYSIA BERLEPAS, TANDA BERMULA MUSIM HAJI 1447H Read More »

KERAJAAN LANCAR WAR ROOM PERKUKUH KESIAPSIAGAAN HADAPI KRISIS AIR AKIBAT PERUBAHAN IKLIM

PUTRAJAYA, 16 April (IKIM) — Kerajaan melancarkan pusat bilik operasi atau War Room sebagai langkah memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran perubahan iklim ekstrem melalui pendekatan keseluruhan kerajaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof. Menurut SPAN, War

KERAJAAN LANCAR WAR ROOM PERKUKUH KESIAPSIAGAAN HADAPI KRISIS AIR AKIBAT PERUBAHAN IKLIM Read More »

WIRA PENGUAT KUASA JABATAN ALAM SEKITAR DISERU PERKUKUH INTEGRITI, TEKNOLOGI DEMI ALAM

BANGI, 15 April (IKIM) – Warga penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) diseru memperkukuh integriti dan memanfaatkan teknologi dalam memastikan kelestarian alam sekitar negara terus terpelihara. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup berkata, penguat kuasa JAS memikul amanah besar sebagai benteng utama melindungi alam sekitar, selain disifatkan sebagai “wira yang

WIRA PENGUAT KUASA JABATAN ALAM SEKITAR DISERU PERKUKUH INTEGRITI, TEKNOLOGI DEMI ALAM Read More »

WhatsApp
Scroll to Top