ZAKAT & WAKAF RUN 2026 HIMPUNKAN LEBIH 2,500 PESERTA, GABUNG NILAI DAKWAH DAN GAYA HIDUP SIHAT
KUALA LUMPUR, 21 Jun (IKIM) – Program Zakat & Wakaf Run 2026 berjaya menghimpunkan lebih 2,500 peserta dalam usaha memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan zakat dan wakaf di samping membudayakan gaya hidup sihat. Program anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Koperasi PPZ Berhad (KoPPZ) itu berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur […]









