DATUK DR. OSMAN BAKAR DIANGKAT TOKOH MAAL HIJRAH KEBANGSAAN 1448H/2026M

Oleh: Muhammad Suhairi Fakri

PUTRAJAYA, 17 Jun (IKIM) – Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M atas sumbangan cemerlang beliau dalam pembangunan ummah serta peranan besar dalam memartabatkan syiar Islam di Malaysia.

Anugerah berprestij itu telah disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya di sini, hari ini.

Osman, 80, yang juga anak jati Kampung Bukit Lada, Chenor, Pahang mempunyai Doktor Falsafah dalam bidang Agama dengan pengkhususan dalam Falsafah Sains Islam dan Teologi di Universiti Temple, Philadelphia, Amerika Syarikat.

Beliau juga adalah penerima Anugerah ASEAN Distinguished Scholar Award dalam Majlis ASEAN International Book Award yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 25 November 2025 tahun lepas.

Sementara itu, Penerima Tokoh Hijrah Peringkat Antarabangsa 1448H/2026M di anugerahkan kepada Prof Sheikh Dr Ahmad Al-Raysuni.

Beliau berasal dari Maghribi, Morocco dan mempunyai kelulusan pendidikan Doktor Falsafah di Universiti Mohammed V Rabat, 1992. Sebelum itu, beliau mendapat gelaran Sarjana dalam bidang bidang Undang-undang Islam di Universiti Qarawiyyin 1989 dan mengambil jurusan yang sama sewaktu Ijazah Sarjana Muda.

Beliau turut memegang jawatan selama lima tahun sebagai Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Dalam pada itu, beliau menjadi Pengasas Kesatuan Ulama Sedunia

Kedua-dua tokoh menerima trofi yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

WhatsApp
Scroll to Top