RAHMAH RAMADAN MAIWP BANTU ANAK-ANAK JALANAN

 

\"\"

 

KUALA LUMPUR, 11 April 2023 (IKIM) – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyantuni anak-anak jalanan menerusi program Rahmah Ramadan MAIWP yang bertempat di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, di ibu negara hari ini. 

Sumbangan disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). MAIWP menyampaikan sumbangan sebanyak RM 15 ribu kepada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih bagi tujuan Bantuan Aktiviti dan Operasi bagi tahun 2023. Jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan pada hari ini adalah sebanyak RM 35 ribu termasuk sumbangan wang tunai sebanyak RM 200 kepada 100 orang pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih. 

MAIWP juga telah membantu Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih bermula tahun 2022 sehingga kini dengan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan sebanyak RM 55 ribu. Sumbangan ini bertujuan menyokong Dasar Pendidikan Wajib Kementerian Pendidikan Malaysia yang memberi peluang kepada kanak-kanak jalanan, terpinggir, kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri, yatim piatu untuk terus mendapat pendidikan formal dan pada masa yang sama pendidikan kerohanian juga diterapkan menerusi pelbagai program yang dilaksanakan.

Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin berkata, sebanyak RM 1.3 juta peruntukan keseluruhan bagi program Rahmah Ramadan dan juga pengajian di masjid yang membantu untuk majlis berbuka puasa.

\”Selain dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Buku Jalanan Chow Kit juga menjadi lokasi bantuan MAIWP dalam program Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.\” Beliau berkata demikian dalam sidang media Program Rahmah Ramadan di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, di Kuala Lumpur hari ini.

Tambah beliau, tanggungjawab membantu ini bukan hanya tanggungjawab MAIWP semata-mata, sebaliknya tanggungjawab semua anggota masyarakat yang boleh membantu mengikut kapasiti masing-masing dan beliau menyeru lebih ramai rakan-rakan NGO, rakan-rakan korporat dan industri mahupun individu untuk ber”sinergi” dengan MAIWP yang pastinya akan memberi impak yang lebih besar. \"\"\"\"

\"\"

Scroll to Top