Jemputan Majlis Berbuka Puasa Radio IKIM anjuran Hospital Islam Az-Zahrah

\"\"

 

Oleh Siti Nur Madinah binti Muhammad Noor, Unit Berita Radio IKIM

 

BANDAR BARU BANGI, 31 Mac 2023 (IKIM) –  Radio IKIM dijemput ke Majlis Berbuka Puasa bertempat di Nu In Kafe,Bandar Baru Bangi hari ini. Radio IKIM diwakili oleh Pengurus Berita Radio, Puan Hajah Maslina binti Alias, penyampai-penyampai radio IKIM, Suffian Amrin yang juga dikenali sebagai DJ Pyan dan juga DJ Faiz atau nama sebenarnya, Faiz Hj.Othman ke Majlis Berbuka Puasa anjuran Hospital Islam Az-Zahrah. 

Turut hadir ke majlis tersebut, Ahli Parlimen Bangi, YB Syahredzan Johan dan ADUN Sungai Ramal YB Haji Mazwan Johar ke Majlis Berbuka Puasa bersama Pelanggan Korporat yang lain. 

Seramai 100 orang tetamu Pelanggan Korporat yang hadir bagi memeriahkan majlis iftar tersebut. Pelbagai juadah menarik dan menu berbuka dinikmati bersama khas dari Nu In Kafe antaranya kambing bakar, nasi Arab, teh tarik, karipap inti tuna dan banyak lagi. Radio IKIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Hospital Islam Az-Zahrah terutamanya Tuan Hj Abdul Rahman Mt Dali, Pengarah Urusan Hospital Islam Az-Zahrah yang telah sudi menjemput Radio IKIM ke majlis iftar yang cukup meriah ini.

Jemputan ini merupakan rentetan kerjasama antara radio IKIM dan Hospital Islam Az-Zahrah yang terjalin  lebih lima tahun. Hospital Islam Az-Zahrah yang dikenali sebagai hospital yang menawarkan perkhidmatan kesihatan proaktif dalam perbidanan, sakit puan, pesakit luar dan perkhidmatan multidisiplin diharapkan agar sentiasa maju kehadapan dan mendapat tempat di dalam negara mahupun luar negara seiring dengan moto “Dengan Keprihatinan, Kami Merawat Pesakit”.

 

\"\"
Scroll to Top