DENGAR RADIO IKIM, PELUANG MEMENANGI PAKEJ UMRAH

\"\"

Bukit Tunku, 13 April 2023 (IKIM) – IKHLAS menaja pakej umrah kepada pendengar radio IKIM yang bertuah menerusi Kuiz Jejak Qari. Bermula 27 Mac 2023 lagi, rancangan Jejak Qari mula mendapat perhatian para pendengar dalam segmen Warna Pagi yang dikendalikan oleh DJ Pyan, DJ Luqman dan DJ Faiz. Bagi mereka yang ingin memenangi tiket pakej umrah tajaan Ikhlas, boleh mendengar rancangan Jejak Qari setiap hari Isnin jam 8.30 pagi untuk menjawab soalan terkumpul. 

Tetamu jemputan Jejak Qari akan berkongsi soalan kuiz dalam setiap perkongsian yang dibawa dalam rancangan tersebut dan jawab soalan terkumpul di laman web www.ikim.my pada 19 April 2023 dari awal pagi hingga malam diikuti dengan slogan. Peraduan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. 

Penerbit Rancangan Radio IKIM, Haji Mohd Faiz bin Haji Othman berkata, siaran pertama Jejak Qari yang telah bermula pada 27 Mac 2023 akan tamat pada 17 April 2023. Bermula episod pertama lagi, tetamu jemputan rancangan Jejak Qari adalah Ustaz Hj.Azraie bin Dato\’ Hj. Abdul Hak, diikuti episod seterusnya bersama Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan, Johan Qari Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa tahun 2000 dan 2004. Perkongsian episod lain turut dikongsikan oleh Johan Qariah Kebangsaan dan Antarabangsa, Hajah Rahmas binti Abdullah dan nantikan panel jemputan yang bakal muncul pada episod yang ke-4 akan datang ini.

Haji Mohd Faiz berkata, “Bagi sesiapa yang terlepas siaran, para pendengar boleh terus menonton semula klip video Jejak Qari di Youtube dan juga Facebook. Jangan lepaskan peluang untuk menjawab soalan terkumpul dan ada rezeki, pemenang bertuah ditaja sepenuhnya untuk menunaikan ibadah umrah oleh Ikhlas. Teruskan mendengar radio IKIM dan segala perkongsian dalam segmen Jejak Qari. Setiap nama pemenang akan diumumkan di setiap platform media sosial rasmi radio IKIM.” Beliau berkata demikian dalam satu temubual khas di konti radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini.

Hebahan dan maklumat lanjut berkenaan Kuiz Jejak Qari boleh terus ke platform aplikasi Instagram ikim.my dan Facebook IKIMfm atau Whatsapp di talian 011-29004004.

Dengarkan radio IKIM, Inspirasi Inforia Islami.

\"\" \"\"

\"\"

Scroll to Top