UPSI JOHAN MEREKA CIPTA VIDEO PENDEK KEFAHAMAN ISLAM (VIPKI) IPT 2023

KUALA LUMPUR, 29 Nov (IKIM) —  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkul johan Hadiah Pertandingan Mereka Cipta Video Pendek Kefahaman Islam (VIPKI) anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang diadakan di Ballroom, Hotel Premiera Kuala Lumpur pada Selasa, 28 Nov 2023.

UPSI diwakili Nur Faisal Nordin, Joekryno Anak Joni, Nur Rahmatina Abd. Rahman dan Muhammad Ariff Muhammad Khalidi membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 15,000.00, trofi dan sijil penyertaan,

Naib Johan Multimedia Universiti diwakili Syukri Azri dan Syukri Zaki membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000.00, trofi dan sijil penyertaan dan tempat ketiga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diwakili Muhammad Syakir Ahmad Sazali, Muhammad Yusry Haigal Yusof, Muhammad Haziq Agmar Amril Nurman dan Faiz Danial Faizan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 5,000.00, trofi dan sijil penyertaan. Hadiah saguhati turut membawa pulang wang tunai RM 1,000.00.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi IKIM, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty dan ucapan aluan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr. Mohd Zaidi bin Ismail.

Pertandingan ini bertujuan menggalakkan penghasilan video pendek kefahaman Islam bagi membina minda Islami dan menanamkan nilai-nilai murni sejagat dalam kalangan masyarakat.

 

Pertandingan ini juga turut mendapat penajaan daripada Permodalan Nasional Berhad, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Scroll to Top