TH utamakan perkhidmatan kesihatan Jemaah sepanjang musim haji

Mekah, 31 Mei (IKIM) – Kaedah \’Makkah Route\’ bukan sahaja memudahkan urusan Jemaah haji malah juga mempercepatkan proses petugas kesihatan menyaring kesihatan jemaah ketika berada di lapangan terbang Antarabangsa Madinah.

Dr Abdul Jalil Ahmad, Pengarah Operasi Madinah bahagian Perubatan berkata ketika bag melalui pemeriksaan kastam, jika terdapat ubatan yang meragukan, maka petugas kesihatan bertanggungjawab membuat pengesahan dan mengenalpasti jenis ubatan yang di bawa oleh Jemaah bagi mengelakkan ubatan tersebut dirampas atau di buang oleh pihak Arab Saudi.

Beliau juga menasihatkan para Jemaah untuk melebelkan setiap ubatan yang mereka bawa ke Tanah Suci.

Selain itu, peranan petugas kesihatan di lapangan terbang juga merangkumi tugasan mengiringi Jemaah haji sekiranya jatuh sakit ketika berada di lapangan terbang dan memerlunya untuk di bawa ke hospital Arab Saudi. Maka, segala urusan akan di bantu oleh petugas kesihatan dan memastikan segala perkembangan pesakit dalam pengawasan dan pengetahuan pihak kesihatan TH di Madinah.

Bagi pasukan petugas kesihatan di Madinah tahun ini, 59 orang petugas ditugaskan sepanjang musim haji di pusat rawatan Madinah mengikut pecahan 42 orang petugas dari kalangan petugas baharu dan 17 orang petugas yang pernah bertugas di Tanah Suci sebelum ini.

Operasi Pusat Rawatan ini merangkumi pengurusan pentadbiran dan klinikal. Secara keseluruhan, pusat rawatan ini menempatkan beberapa orang pakar iaitu Pakar Kecemasan, Pakar Bius, Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dengan di bantu oleh Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Pembantu Pegawai Perubatan, Jururawat Kesihatan, Juru fisioterapi, Juru x-ray, Juru Teknologi Makmal Perubatan dan beberapa kakitangan sokongan lain.

Pusat rawatan ini menempatkan 33 buah katil, beroperasi selama 24 jam manakala klinik-klinik di zon iaitu di 2 klinik tetap dan 1 klinik mobile beroperasi mengikut masa yang telah di tetapkan. Skop rawatan di berikan di zon adalah rawatan pesakit luar, rawatan awal kecemasan, pemantauan kesihatan selepas rawatan dan perkhidmatan kaunseling kepada para Jemaah.

 

NORHAYATI PARADI

Melaporkan dari Mekah al-Mukarramah\"\"

Scroll to Top