KENYATAAN MEDIA INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN BUMBUNG DEWAN BESAR INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) RUNTUH, OPERASI BERJALAN SEPERTI BIASA

\"\"

Kuala Lumpur, 31 Mei 2023 – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ingin memaklumkan bahawa bumbung Dewan Besar IKIM yang terletak di Blok B, di premis IKIM runtuh pada kira-kira jam 11.55 pagi tadi. Insiden yang berlaku itu menyebabkan 5 orang kakitangan mengalami kecederaan ringan . Namun demikian, IKIM meneruskan operasi seperti biasa.

Insiden itu berlaku ketika beberapa orang kakitangan sedang membuat latihan bagi penganjuran program Tribute Tan Sri Mohd Kamal Hassan yang dijadualkan pada 2 Jun 2023 di dewan yang sama.

Kejadian runtuhan bumbung itu turut disedari oleh kakitangan yang berada di blok yang lain ekoran bunyi dentuman yang kuat. Pihak IKIM mengambil langkah segera dengan mengalihkan mangsa di tempat kejadian, selain menghubungi pihak bomba, Hospital Kuala Lumpur dan pihak polis agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Untuk rekod, Dewan Besar IKIM dibina pada tahun 1993. Dalam tempoh itu, penyelengaraan kecil seperti menukar bumbung yang bocor telah dilakukan.

Berikutan insiden itu, IKIM akan memohon kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian bumbung runtuh itu.

Sekian, Terima kasih.

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil,

Ketua Pengarah IKIM

31 Mei 2023.

\"\"

Scroll to Top