Lipan Bara bersedia bantu Jemaah haji di Tanah Suci

\"\"

Mekah, 1 Jun (IKIM) – Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.

Berbekalkan niat untuk membantu Jemaah haji Malaysia yang berada di sekitar Masjidil Haram, Tabung Haji mengambil inisiatif menubuhkan satu pasukan peronda bagi membantu Jemaah haji yang tersasar atau yang tidak sihat di sekitar Masjidil Haram dengan jolokan nama ‘Lipan Bara’.

Pengurus Pasukan Peronda, Wan Shamsol bin Husin  berkata, “Pada tahun lalu lipan bara tidak dapat menonjolkan imej berbaju merahnya ketika membuat rondaan atas sebab-sebab tertentu, namun pada tahun ini pasukan peronda ini dapat mengembalikan identiti berbaju merah, dengan seluar hitam, berkopiah putih serta menyandang beg merah yang di bekalkan oleh Tabung Haji bagi memudahkan para Jemaah mengenali mereka.”

\"\"

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan kekuatan seramai 18 anggota dari kalangan polis bantuan Tabung Haji yang telah di pilih khusus untuk terlibat dengan operasi Tanah Suci , pasukan peronda lipan bara ini akan di tempatkan di 8 lokasi dan bertugas 24 jam mengikut giliran tiga syif.

Peluang Polis Bantuan Tabung Haji tunai haji

Dalam pada itu, pertama kali terpilih sebagai tetamu Allah sekaligus berada dalam pasukan peronda Lipan Bara ini, Mohamad Fakhrul Hadi Mohd Yusuf yang telah 9 tahun bertugas sebagai Polis Bantuan di TH Kuala Terengganu di lihat sangat bersemangat dan bersedia untuk membantu Jemaah.

Katanya,” Jika Jemaah tidak tahu atau tidak ingat hotel penginapan mereka, pasukan Lipan Bara akan merujuk kepada kad pengenalan diri di lanyard dan juga nombor siri di gelang yang pakai oleh jemaah.”

Oleh itu, para Jemaah di nasihatkan untuk bergerak secara berkumpulan, pastikan memakai lanyard dan juga gelang pengenalan diri pada setiap masa sebagai langkah keselamatan untuk mereka.

Bagi para Jemaah. Jika tersasar, carilah individu berpakaian merah. Lipan Bara bersedia membantu anda.

 

NORHAYATI PARADI
Melaporkan dari Mekah al-Mukarramah
\"\" \"\"

 

Scroll to Top