Juadah tanah air buat jemaah di Tanah Suci

Mekah, 2 Jun (IKIM) – Memulakan operasi seawal 4.30 pagi, Hajj Kafeteria di Abraj Janadriyah memenuhi keperluan jamaah haji dengan penyediaan hidangan sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

 

Mohd Haruji Mohd Yahya (36 tahun), Petugas Kafeteria di Abraj Janadriyah berkata TH Travel Servises bertanggungjawab menyelia di kesemua 12 kafeteria yang menempatkan jamaah haji. Katanya, “Pada tahun ini, TH travel telah mendapat mandat daripada Tabung Haji untuk membuka  dan menyelia kafeteria di hotel penginapan jemaah haji di sekitar Mekah.”

 

Seramai lebih kurang 100 pekerja di tempatkan di Kafeteria hotel bagi 12 hotel sekitar Mekah. Daripada angka tersebut,12 orang penduduk tempatan beserta 2 orang kakitangan daripada Malaysia ditugaskan di Hajj Kafeteria ini.

 

Kafeteria ini menyediakan menu-menu seperti nasi lemak, roti canai, nasi kerabu, laksam, bubur nasi dan pelbagai kuih muih citarasa Malaysia. Di samping itu, produk-produk IKS seperti pelbagai jenis sambal, kicap, sos cili dan lain-lain juga di jual di Kafeteria ini.

 

TH Travel services menggunakan khidmat tukang masak yang di bawa khas daripada tanah air bagi memastikan keaslian rasa terjaga dan kualiti masakan terjamin. Yang pasti ia akan memberikan kepuasan hati para Jemaah yang membeli. Para Jemaah boleh memilih cara urusniaga samada menggunakan wang fizikal mahupun membuat pembayaran menggunakan transaksi QR Pay.

 

En Mohd Haruji berkata, “pada kebiasaanya Hajj Kafeteria akan penuh ketika selepas solat subuh dan Kafeteria ini akan ditutup setiap hari pada pukul 11.30 malam.

 

NORHAYATI PARADI

Melaporkan dari Mekah al-Mukarramah

Scroll to Top