Penyampai Radio IKIM berkampung sepanjang PBAKL 2023 di WTC

\"\"

 

Oleh Siti Nur Madinah binti Muhammad Noor, Unit Berita Radio IKIM

 

Kuala Lumpur, 30 Mei 2023 (IKIM) – Radio IKIM turut memeriahkan penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 kali ini dengan mengadakan siaran langsung dari studio mini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bermula Isnin 29 Mei hingga 4 Jun 2023 ini. Pengunjung yang hadir ke PBAKL berpeluang menemui penyampai-penyampai Radio IKIM seperti Syafiq Salleh, Siti Rohani, Datin Mona Jasman dan ramai lagi. Selain pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana para penyampai bersiaran secara langsung di mini studio.  

Sepanjang tempoh radio IKIM bersiaran bersempena PBAKL ini juga pelbagai sesi temubual telah dijadualkan bersama penyumbang rancangan radio disamping temubual bersama pengarah dan penulis buku-buku terbitan IKIM.

Menurut Tn. Hj. Mahathir Shaharuddin, Pengurus Besar Radio IKIM “siaran luar ini merupakan peluang kepada radio IKIM untuk mendekati pendengar-pendengar disamping membantu mempromosikan reruai IKIM dan jualan buku-buku IKIM.\” 

Pengunjung yang ingin bertemu penyampai-penyampai radio IKIM boleh hadir ke reruai IKIM yang bernombor L85 bersebelahan dengan CIMB Bank.

\"\" \"\"
Scroll to Top