Dr Nik Roskiman Abdul Samad

Kesan Ibadat Terhadap Muamalat Bersama Orang Lain

DALAM rancangan Topik Jumaat di radio IKIMfm yang bersiaran pukul 8.30 pagi, ulama terkenal berasal dari Iraq, Mawlana Sheikh Afeefuddeen al-Jailani berbicara tentang impak ibadat terhadap amalan seharian kita. Beliau memulakan bicara dengan menyebut setiap manusia yang lahir di atas mukabumi ini mempunyai matlamat hidup yang satu iaitu ingin mencapai “kebahagian”. Kebahagian dicari oleh semua […]

Kesan Ibadat Terhadap Muamalat Bersama Orang Lain Read More »

Tiga Dimensi Islam

PENERIMA Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439/2018, Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Negeri Perak Darul Ridzuan, Dato’ Sheikh Dr. Afifi al-Akiti ketika ditemubual dalam slot eksklusif di radio IKIMfm berkata bahwa Islam tersebar ke Nusantara ini dengan pendekatan yang aman sehingga para ulama menggelarnya sebagai “Fathul Mubarak” iaitu pembukaan yang penuh berkat. Ini kerana, berbeza

Tiga Dimensi Islam Read More »

Mencari Keberkatan Masa

KITA sekarang baru berada di tahun baharu masehi, 2018.  Rasa begitu pantas masa berlalu seolah baru semalam kita menyaksikan percikan bunga api menyambut ketibaan tahun 2017, dan tiba-tiba kita sudah berada di tahun 2018. Inilah juga antara tanda-tanda akhir zaman.  Dalam satu hadith dari Anas bin Malik, Baginda SAW menyebut mafhumnya “ Tidak berlaku hari

Mencari Keberkatan Masa Read More »

Sifat Memudahkan Urusan Manusia

DALAM rancangan Bayan Linnas di radio IKIMfm yang bersiaran pada hari Selasa jam 5 petang, Sahibus Samahah, Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri beliau terus mengambil kesempatan untuk membicarakan keunggulan junjungan besar Nabi Muhammad SAW sesuai dengan masih lagi musim kita menyambut Maulidur Rasul. Sifat Baginda SAW secara umumnya ialah bersifat “mudah dan memudahkan”. Disebut dalam suatu

Sifat Memudahkan Urusan Manusia Read More »

Syariat, Tarekat dan Hakikat

DALAM rancangan Topik Jumaat di radio IKIMfm, ulama terkenal dari Indonesia, Tuan Guru Sheikh Rohimuddin Nawawi al-Banteni membicarakan tentang “syariat, tarekat, dan hakikat”, suatu istilah yang sering disalahfahami dan mengelirukan bagi sesetengah masyarakat. Sebelum ini, telah dijelaskan bagaimana kisah Sayyidina Jibril AS yang datang bertemu Nabi SAW ketika Baginda SAW bersama-sama para sahabat untuk mengajarkan

Syariat, Tarekat dan Hakikat Read More »

Nabi SAW Rahmat Sekalian Alam

DALAM rancangan Bayan Linnas yang bersiaran di radio IKIMfm pada hari Selasa jam 5 petang lalu, Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri telah bercerita tentang “Maulidur Rasul SAW sebagai Rahmat Sekalian Alam”.  Kelahiran Baginda SAW disambut setiap tahun tanggal 12 Rabiul Awwal di seluruh dunia dan sambutan ini bukan sekadar menzahirkan kegembiraan

Nabi SAW Rahmat Sekalian Alam Read More »

Prinsip Baik Suami Isteri

DALAM rancangan Bayan Linnas yang disiarkan oleh radio IKIMfm pada hari Selasa jam 5 petang, Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri membicarakan tajuk “Sifat Suami Isteri yang baik”. Beliau mengajak agar masyarakat semua bermuhasabah terhadap peranan yang telah dimainkan setakat ini samada sebagai seorang isteri, atau suami, ibubapa atau anak dan

Prinsip Baik Suami Isteri Read More »

Muhasabah Untuk Berubah

PROF. Madya Dr. Syarifah Hayaati Syed Ismail dalam rancangan Tarbiyah yang bersiaran di radio IKIMfm Jumaat lepas jam 10.15 pagi berbicara tentang “Muhasabah Untuk Berubah”. Kita masih berada di minggu pertama Muharram dalam tahun hijrah 1439. Setiap kali peristiwa hijrah, kita sentiasa mendengar perbincangan berhubung dengan Hijrah Baginda SAW dengan segala pengorbanan Baginda SAW dan

Muhasabah Untuk Berubah Read More »

Takdir Ilahi

DALAM kehidupan seharian kita, kita sering melihat sesuatu kejadian berasaskan premis \”sebab-akibat\” (cause and effect), tetapi sebenarnya semuanya adalah af\’al Allah SWT belaka. Suatu kejadian yang berupa \”akibat\” mungkin boleh menjadi \”sebab\” pula untuk suatu kejadian yang yang akan datang yang menatijahkan \”akibat\” lain, dan begitulah seterusnya. Ianya seperti mata rantai yang saling sambung menyambung

Takdir Ilahi Read More »

WhatsApp
Scroll to Top