OPS IHSAN MENGHANTAR 50 TAN BANTUAN KE PALESTIN


Sepang, 23 Okt 2023 (IKIM) – 40 NGO bergabung menerusi Ops Ihsan yang bakal membawa kira-kira 50 tan bantuan kemanusiaan bernilai RM7 juta yang akan dihantar ke Palestin selewat-lewatnya Jumaat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata antara barangan bantuan akan dihantar ke Palestin termasuk ubat-ubatan, barangan keperluan bayi, selimut dan makanan.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan sumbangan daripada agensi-agensi agama kepada Global Peace Mission (GPM) Malaysia berupa bantuan berbentuk barangan keperluan asas dan sumbangan tunai keseluruhan berjumlah RM 133,630.00.

“Insya-Allah, sumbangan-sumbangan ini akan diserahkan kepada NGO di sempadan Rafah untuk diselaraskan apabila mendapat kebanaran untuk dimanfaatkan dan disampaikan terus kepada saudara kita di Palestin” katanya selepas melawat pusat pengumpulan barangan bantuan kemanusiaan Palestin di gudang MAPIM di sini, semalam.

Beliau turut diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkaitan situasi semasa di Gaza, Palestin.

Scroll to Top