LAPORKAN YANG BENAR SEBAGAI MEDIA – MOHD NA’IM

Kuala Lumpur, 24 Okt 2023 (IKIM) – Peranan pengamal media berfungsi sebagai sumber maklumat penting untuk orang ramai yang dapat meningkatkan kesedaran, pemahaman dan memberi penerangan tentang pelanggaran hak asasi manusia, jenayah perang dan pelanggaran undang-undang antarabangsa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Dalam ucaptama beliau dalam program Wacana Pengamal Media: Solidariti Palestin di TV Alhijrah di ibu negara hari ini, Mohd Na’im turut menegaskan bahawa pengamal media memainkan peranan penting dalam melaporkan mengenai setiap isu termasuk isu peperangan dan konflik kepada orang ramai kerana penting untuk menyediakan maklumat yang tepat, cepat dan membuat liputan yang bertanggungjawab dan akan dipersoalkan di akhirat kelak tentang kebertanggungajawab terhadap laporan yang disiarkan.

Terdahulu seramai empat panel tampil menerusi Program Wacana Pengamal Media: Solidariti Palestin iaitu aktivis Palestin, M Shahool Hameed; Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee; Bekas Pengarah Islamic Relief Malaysia (IRM), Zairul Zainal Abidin dan Pengarah dan Pengasas Asia Middle East Centre (AMEC), Dr Muslim Imran.

Wacana itu bertujuan membincang dan menyampaikan maklumat semasa berkenaan konflik yang berlaku di Palestin seterusnya membentuk kefahaman yang selari di kalangan pengamal media sebagai penggerak solidariti masyarakat Malaysia.

Scroll to Top