MACSA MAHU KERAJAAN LEBIH KONSISTEN DALAM MENANGANI ISLAMOFOBIA


Shah Alam, 13 Sep 2023 – Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) akan membawa 66 syor di bawah 7 isu utama hak asasi ke dalam laporan proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berlangsung setiap lima tahun.

Bagi semakan kali ini, isu Islamofobia menjadi keutamaan MACSA selain enam isu utama lain dan MACSA mahu kerajaan lebih konsisten dalam menangani Islamofobia di negara ini.

Pengerusi MACSA, Lukman Sheriff Alias berkata, “dengan semakan ini semoga rakyat lebih faham apa sebenarnya takrifan Islamofobia dan kita boleh menyatakan ketidaksetujuan kita terhadap tindakan Islamofobia yang berlaku”. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Buku Laporan UPR Pusingan ke-4 di Shah Alam, semalam.

MACSA dalam pada itu sentiasa memantau isu-isu hak asasi yang melibatkan umat Islam termasuklah isu larangan bertudung, larangan solat Jumaat, kesukaran membina surau dan masjid khususnya di Sabah dan Sarawak serta
isu pendidikan kanak-kanak tidak bernegara.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri YM Tengku Mohamed Fauzi Tengku Abdul Hamid, Pesuruhjaya SUHAKAM, pengerusi bersama MACSA, Prof. Dr. Rafidah Hanim Mokhtar dan beberapa wakil Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) yang terlibat dalam proses UPR kali ini.

Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman

Scroll to Top