DATUMCORP INTERNATIONAL ANJURKAN DATUM MUNAJAT AMBANG 2024

Kuala Lumpur, 22 Dis (IKIM) – DatumCorp International Sdn. Bhd (DCI) akan menganjurkan Datum Munajat sempena menyambut ambang tahun baharu 2024 pada 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 di Datum Jelatek.

Dalam sidang media di Datum Jelatek hari, Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat merangkap Penasihat Acara, Hajah Suzana Zakaria berkata Datum Munajat adalah sebuah acara yang menjadi pembuka lebaran kejayaan baharu 2024 bagi Datum Jelatek yang membuka tirai dengan pelbagai acara
untuk seluruh masyarakat berbilang kaum yang akan dirancang diadakan setiap tahun.

“Kelainan acara yang dianjurkan pada kali ini adalah bagi memenuhi aktiviti yang sesuai untuk semua lapisan umur dan bangsa. Selain dapat berkumpul seisi keluarga dalam menyertai acara, masyarakat juga boleh membeli belah dengan selesa di Datum Jelatek Shopping Centre.”

Hadir sama dalam sidang media Erma Fatima, Akhil Hayy dan Waheeda.

Datum Munajat menampilkan persembahan serta penampilan himpunan figura habih-habib seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Ja’far, Syeikh Muhammad Siddiq, Anas Abu Jaish dan artis terkenal serta berpengaruh seperti Akhil Hayy, Waheeda, Ramli Sarip, Erma Fatima, Mawi, Oja dan Issey pada 30 dan 31 Disember 2023.

New Year Vaganza Datum Idol diadakan pada 1 Januari 2024, terbuka kepada masyarakat bermula jam 11 pagi hingga 6 petang dengan aktiviti pertandingan nyanyian, serta beberapa acara pentas yang telah disusun atur bagi memeriahkan awal tahun baru 2024 dan hari akhir cuti sekolah.

DatumCorp International Sdn. Bhd (DCI) merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), dirasmikan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, Raja Muda Selangor pada 10 Disember 2022.

 

Scroll to Top