RADIO IKIM RAIKAN PENDENGAR DENGAN PAKEJ UMRAH BERSAMA IKHLAS

Kuala Lumpur, 28 Dis (IKIM) – Kesetiaan mengikuti rancangan-rancangan terbitan Radio IKIM telah membawa rezeki kepada dua orang pendengar yang berjaya memenangi pakej umrah tajaan Ikhlas.com, platform kembara dan gaya hidup mesra Muslim bersama Radio IKIM.

Dua orang pemenang, Pn. Siti Saleha Adnan dan  Pn. Norizan Ismail telah dipilih menerusi penganjuran Kuiz Jejak Qari yang berlangsung pada April lalu sepanjang siaran Jejak Qari, Isnin, 8.30 pagi di Radio IKIM.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil.

Hadir sama dalam majlis tersebut Pengarah Pusat Media, Ahmad Fuad Mat Ali; Ketua Pegawai Pemasaran IKHLAS, Fara Hasan dan Penerbit Jejak Qari, Mohd Faiz Othman.

Jejak Qari yang bersiaran pada Ramadan 1444H yang lalu telah menampilkan tokoh qari dan qariah antarabangsa antaranya, Hajah Rahmas Abdullah, Ustaz Radzi Kamarul Hailan  dan Ustaz Dr. Anuar Hasin.

Scroll to Top