BUKU “ISLAM AND BIOMEDICINE” DILANCAR

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2023 – Buku bertajuk “Islam and Biomedicine” yang merupakan karya sutingan Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford , Dato’ Dr Afifi al –Akiti dilancarkan pada hari ini.

Majlis pelancaran buku itu disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizuddin Shah di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) di Kuala Lumpur.

Sementara itu ketika menyampaikan titah ucapan pada majls berkenaan Sultan Nazrin bertitah buku yang dihasilkan oleh Dato’ Dr Afifi al –Akiti itu boleh disifatkan sebagai suatu usaha ulung dan jitu untuk menyepadukan kerangaka ilmu agama, moral dan falsafah dengan mewujudkan pendekatan holistik dalam membentuk prinsip ilmiah untuk menghubungkan dua cabang ilmu pengetahuan yang berbeza iaitu pengajian islam dan ilmu perubatan.

Scroll to Top