PENGGUNAAN TEKNOLOGI AI UNTUK MEMASTIKAN FILEM ANTARABANGSA YANG DIBAWA MASUK SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK MUSLIM

PUTRAJAYA, 19 Ogos 2023 (IKIM) – Durioo+, platform penstriman selamat untuk kanak-kanak Muslim, dengan bangganya mengumumkan pelancaran beberapa filem luar negara di platform mereka. Apa yang lebih menarik, filem-filem ini telah melalui proses penapisan, penggunaan AI dan pelarasan ketat untuk memastikan selamat sepenuhnya bagi tontonan kanak-kanak.

Terbaru, Durioo+ telah mendapatkan hak untuk menyiarkan satu filem daripada China yang bertajuk \’Cats The Movie\’. Apa yang paling menakjubkan dan membezakan tentang tayangan filem ini dari tempat lain, ini adalah kali pertama filem ini diolah sepenuhnya oleh Durioo+ untuk mengubah elemen-elemen filem generik kanak-kanak kepada filem khas untuk anak-anak Muslim.

Antara olahan Durioo+ yang merevolusikan filem ini ke aras lebih tinggi adalah memperkenalkan teknologi AI untuk menukar pakaian watak filem tersebut tampil lebih sopan dan Islamik. Skrip dan usaha alih suara juga telah melalui olahan komprehensif dengan memasukkan nilai-nilai Islamik seperti ucapan “Allahu Akbar”, “Masha Allah” yang dituturkan oleh watak kucing utama.

Scroll to Top