Anak kelahiran Johor menjadi antara penterjemah khutbah termuda di Masjidilharam

Penterjemah di sebalik khutbah Masjidilharam

MAKKAH, 22 Jun (IKIM) – Siapa sangka di balik suara berbahasa Melayu menterjemah khutbah di masjidil haram adalah suara milik anak muda kelahiran Malaysia yang sebelum ini menuntut ilmu di bumi penuh barokah ini.

\"\"

Beliau yang di maksudkan adalah Saudara Muhammad Mujahid Zaharuddin, 26 anak muda kelahiran Johor yang bertugas sebagai penterjemah khutbah dan tausiah imam-imam Masjidilharam.

Terdapat 10 terjemahan bahasa digunakan pihak pengurusan Masjidilharam dengan setiap satunya menggunakan lapan tenaga mahir. Selaku penterjemah, mereka berkait rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

 

Menjadi penyambung legasi penterjemah Bahasa Melayu daripada Malaysia bukanlah tugas mudah kerana ianya telah terputus hampir tiga tahun dan hanya dipelopori oleh penterjemah daripada Indonesia selama tempoh tersebut.

Antara penterjemah termuda dan terpilih walau belum miliki PhD

Graduan lulusan Universiti Umm Al-Qura ini mula berkhidmat di Masjidilharam sebagai penterjemah sejak bulan Oktober tahun lalu selepas menamatkan pengajian Sarjana Mudanya di university ulung tersebut.

Menurutnya dia amat terharu apabila dipilih untuk mengendalikan penterjemahan khutbah kerana proses pemilihannya agak ket

at dengan kelayakan ditetapkan agak tinggi.

Beliau melepasi saingan tersebut dengan lulus peperiksaan di Jabatan Agama Makkah dengan mencatatkan markah 100, menghafaz al-Quran sepenuhnya, serta menghafal antara 3,000 hingga 4,000 hadis yang disepakati Muslim dan Al-Bukhari.

Selain itu, pemilihan berkenaan juga mengambil kira rekod pencapaian Muhammad Mujahid sebagai lulusan ijazah pertama daripada Universiti Umm Al-Qura, Makkah, dalam bidang syariah.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu berada di Makkah sejak 2016, termasuk mengikuti pengajian Diploma Bahasa Arab, selepas meraih keputusan cemerlang semua A untuk 11 subjek diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2014 sebagai calon aliran sains daripada Sekolah Menengah Islam Hidayah di Johor Bahru.

“Teks khutbah akan dapat sehari atau dua hari awal, saya terjemah kemudian rakam untuk jemaah dengar secara langsung ketika penyampaian,” katanya.

“Tausiah dan khutbah imam besar Masjidilharam, Shaik Abdul Rahman Al-Sudias paling susah untuk diterjemah kerana beliau menggunakan bahasa yang puitis dan halus,” katanya, ketika ditemui di sini.

Mujahid berkata jemaah boleh mendengar kandungan khutbah ini secara langsung atau rakaman khutbah yang lepas menerusi aplikasi Manarat Al-Haramain.

 

 

NORHAYATI PARADI

melaporkan dari Makkah untuk Radio IKIM

 

WhatsApp
Scroll to Top