Kefahaman tentang istitoah buat 69 jemaah haji dari golongan M40 ambil keputusan buat bayaran penuh

Sesi YB Menteri Hal Ehwal Agama beramah mesra bersama Jemaah haji di Abraj Al-Janadriah

\"\"

MAKKAH, 22 Jun (IKIM) – Semua kemudahan yang di sediakan oleh TH adalah sangat sistematik dan bertaraf antara bangsa. Demikian ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Mohd Naim Mokhtar ketika sesi beramah mesra bersama Jemaah haji di Abraj Al-Janadriah, di sini semalam.

 

Dato’ Setia Dr Naim seterusnya di bawa ke Pusat Maklumat Operasi dan di beri taklimat berkenaan perjalanan operasi haji Malaysia oleh Ketua Rombongan Haji, Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdl Rahman. Turut hadir Tan Sri Azman Mokhtar, Pengerusi TH dan Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan, CEO Tabung Haji.

 

Terdahulu Dato’ Setia Dr Naim menjawab persoalan Jemaah berkenaan mengapa Jemaah dari kalangan B40 dan M40 yang membuat rayuan terpaksa membayar kos penuh sama seperti T20 iaitu RM30,800.

 

“Mereka yang membuat rayuan haji pada hakikatnya adalah individu yang terkeluar daripada senarai giliran 31,600 jemaah yang mendapat tawaran haji pada tahun ini. Mereka ini adalah kalangan yang dapat juga peluang menunaikan haji berbanding 7 juta pendaftar haji yang masih dalam senarai menunggu. Bayangkan, jika mereka yang merayu ini dapat kelebihan memotong giliran haji kemudian dalam masa yang sama dapat pula bantuan kewangan”

\"\"

Sedangkan ujarnya, terdapat 60,000 calon haji yang berkemampuan serta bersetuju untuk membuat bayaran penuh tetapi tidak berjaya dalam rayuan mereka.

Kefahaman tentang istitoah buat 69 jemaah haji dari golongan M40 ambil keputusan buat bayaran penuh

Dalam kes yang lain pula, terdapat 69 orang Jemaah haji dari golongan M40 yang mendapat tawaran haji untuk tahun 2023 seterusnya layak menerima bantuan kewangan haji tetapi menolak untuk menerimanya bantuan kewangan haji semata-mata kerana mereka faham bahawa asas menunaikan haji adalah istitoah iaitu kemampuan.

\"\"

Selain itu, terdapat juga 400 orang Jemaah haji yang mendapat bantuan kewangan penuh tetapi dengan rela hati membuat bayaran tambahan daripada RM1,000 hingga RM12,000 dan TH hanya menambah sedikit sahaja jumlah bantuan kewangan bagi menampung jumlah kos haji mereka.

 

Semakan di THiJARI juga mendapati calon yang membuat rayuan akan bersetuju terlebih dahulu untuk membuat bayaran penuh sebelum meneruskan proses rayuan tersebut.

 

Untuk perkembangan terkini, penerbangan terakhir Jemaah haji telah tiba malam tadi membawa 327 Jemaah menjadikan lengkap kesemua 31,600 Jemaah haji Malaysia sudah sampai di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji.

 

Dalam pada itu, seorang Jemaah wanita berusia 75 tahun berasal daripada selangor meninggal dunia pada 19 Jun yang lalu pada pukul 4.16 pagi di Hospital King Faisal, Makkah di sebabkan jangkitan kuman pada paru-paru menjadikan jumlah kematian setakat ini 2 orang Jemaah. TH akan membuatkan badal haji buat al-marhumah.

 

NORHAYATI PARADI

Makkah untuk Radio IKIM

Scroll to Top