Program Simulasi Aulad Celik Haji, pendedahan awal kanak-kanak

\"\"Kajang, 23 Jun 2023 (IKIM) –  Sebanyak 200 orang murid yang berumur 5 hingga 6 tahun mengikuti Program Simulasi Aulad Celik Haji (SACHA) anjuran HELWA di bawah Biro Pendidikan & Dakwah Kompleks Masjid Taman Sutera (KOMTAS), yang diadakan di Masjid Taman Sutera Kajang pada Rabu lepas, 21 Jun 2023. 

Berpakaian ihram berwarna putih lengkap dengan beg haji dan replika pasport, kanak-kanak tersebut diberi pendedahan awal berkaitan Rukun Islam kelima dengan dibantu oleh barisan para petugas yang berperanan sebagai mutawwif.

Program ini turut dianjurkan dengan kerjasama cawangan Lembaga Tabung Haji, Akademi Mutawwif Kajang dan Radio IKIM yang turut bersama menjayakan Program Simulasi Aulad Celik Haji (SACHA). Antara objektif program ini ialah untuk mendedahkan kepada murid-murid tadika suatu suasana proses pembelajaran yang santai dan pengalaman praktikal haji yang mudah difahami dan dipelajari.

Scroll to Top