50 Petugas Haji peneman buat Jemaah yang memerluan perhatian khusus

\"\"

Dua inisiatif penting ketika operasi masyair

MAKKAH, 24 Jun (IKIM) – Kemuncak ibadah haji atau masyair kini tiba yang menyaksikan keseluruhan 31,600 jemaah Malaysia akan bergerak ke Arafah, Isnin ini, untuk menyertai hampir tiga juta Dhuyufurrahman dari seluruh dunia berwukuf pada 9 Zulhijjah 1444H, keesokannya.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato’ Seri Syed Saleh berkata, TH meneruskan pelaksanaan dua inisiatif penting ketika operasi masyair, iaitu Program Prihatin Tetamu Ar-Rahman (PENEMAN) dan Safari Wukuf. Beliau berkata demikian ketika memberi Taklimat Operasi Haji Tanah Suci 1444H bersama Petugas Media TH di Abraj Al-Janadriyah.

PENEMAN memiliki daya membantu yang cukup tinggiPada musim haji ini, katanya, dianggarkan 50 jemaah terdiri daripada masing-masing 25 lelaki dan wanita terpilih untuk menyertai program PENEMAN, dan akan disantuni sepanjang masa masyair oleh 50 petugas haji.

Beliau menjelaskan, jemaah terbabit dikenal pasti memerlukan perhatian rapi daripada petugas kerana sudah lanjut usia, tidak mampu menguruskan diri dengan baik, dan tiada pengiring untuk membantu mereka.

\”Melalui program PENEMAN, jemaah berkenaan dijaga rapi secara \’one to one\’ oleh petugas haji. Antaranya, petugas akan membantu jemaah membersihkan diri di bilik air dan memastikan mereka makan serta melaksanakan ibadah.

\”Justeru, petugas terbabit dalam PENEMAN memiliki daya membantu yang cukup tinggi. Melalui program ini yang berlangsung selama tujuh hari dari 7 hingga 13 Zulhijjah, jemaah akan turut diwakilkan untuk pelaksanaan ibadah tawaf, sai dan melontar,\” katanya.

\"\"

Safari Wukuf  dianggarkan urus 70 pesakit

Dalam pada itu, bagi Safari Wukuf pula dianggarkan 70 pesakit yang masih berada di wad Pusat Rawatan TH Makkah dan hospital Arab Saudi akan dibawa berwukuf di Arafah bersama petugas rombongan perubatan.

Beliau berkata, jemaah terbabit akan dibawa menggunakan empat ambulans dan enam bas khas, manakala khutbah akan disampaikan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) di dalam setiap kenderaan berkenaan di suatu kawasan yang dikhaskan di Arafah.

Pada Musim Haji 1440H, seramai 80 pesakit menaiki tiga ambulans serta enam bas, manakala pada tahun lalu pula, 26 pesakit dibawa menggunakan empat ambulans dan empat bas bawah program Safari Wukuf.

\"\"

\”Safari Wukuf adalah operasi amat penting dengan perancangan cukup rapi serta teliti kerana membabitkan pergerakan membawa pesakit. Ia berisiko tinggi dari segi masa kerana pasukan perlu memastikan pesakit berada di Arafah pada waktu wukuf selama tempoh tertentu.

\”Mereka kemudian perlu dibawa kembali ke Pusat Rawatan TH Makkah secepat mungkin. Ini kerana pusat rawatan itu terletak di kawasan sibuk yang menjadi tumpuan jemaah untuk melontar di Jamarat selepas selesai berwukuf di Arafah dan bermabit di Muzdalifah.

Sebelum inisiatif Safari Wukuf diperkenalkan pada 2014, Syed Saleh berkata, pesakit terpaksa ditempatkan di khemah untuk berwukuf di Arafah, sekali gus terdedah kepada pelbagai risiko terhadap kesihatan mereka.

Beliau sekali gus menasihati jemaah supaya bersiap sedia menghadapi cabaran operasi masyair di Arafah, Muzdalifah dan Mina yang antara lain menuntut penggunaan banyak tenaga serta ketahanan diri yang tinggi.

 

 

 

NORHAYATI PARADI

Makkah untuk Radio IKIM

Scroll to Top