KUALA LUMPUR, 14 April (IKIM) – Pelancaran awal International Sustainability Week (ISW) 2026 menjadi pemangkin penting dalam memperkukuh agenda pembangunan lestari negara.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, berkata penganjuran ini menghimpunkan pemain industri, pembuat dasar dan pelabur bagi menjana penyelesaian mampan secara bersama. 
Menurut beliau, sektor bandar dan bangunan memainkan peranan besar dalam pelepasan karbon, justeru pendekatan pembangunan lestari perlu diperkasa melalui dasar dan teknologi. 
Kerajaan turut menyokong usaha ini melalui Belanjawan 2026 dengan peruntukan RM419.2 bilion serta pelbagai insentif hijau termasuk GITA dan GTFS 5.0 bagi menggalakkan pelaburan teknologi mesra alam. 

Tema ISW 2026, “From Certification to Transformation, Building a Net Zero Future Together”, menekankan keperluan perubahan menyeluruh ke arah masa depan sifar karbon.
ISW 2026 dijangka mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pembangunan lestari di peringkat serantau.
Kredit foto : NRES




