JEDDAH, 21 Jun (IKIM) – Kerajaan Arab Saudi menganjurkan Simposium Perdana Haji di Jeddah bagi membincangkan semua perkara berkaitan haji dan umrah termasuk pengaturan serta pelaksanaan kemudahan moden untuk jemaah menunaikan ibadah haji di Makkah al-Muqaromah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato\’ Setia Dr Mohd Nai\’im Mokhtar menghadiri simposium yang dipengerusikan oleh Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais.
“Tema pada tahun ini berkaitan dengan al-taisir (memudahkan). Dalam konteks di Malaysia, contoh terbaik dalam memudahkan urusan Jemaah adalah Makkah Route. Ia memperlihatkan kerjasama Arab Saudi dengan imegresen, dengan pihak negara Malaysia yang telah memudahkan perjalanan Jemaah haji” katanya ketika di temui di Grand Hajj Symposium kali ke-47 di The Ritz-Carlton Hotel Jeddah.
Ujarnya, Malaysia amat berbangga kerana kerajaan Arab Saudi telah memilih Malaysia sebagai negara yang pertama untuk mereka perkenalkan sistem Makkah Route.
Makkah Route ini merupakan usaha yang di buat oleh kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan perjalanan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal haji.
Simposium ini katanya sangat baik namun ianya hanya di laksanakan di Arab Saudi sahaja. Maka agak terbatas bagi negara-negara di Asia Tenggara lain untuk menyertai dan mendapatkan manfaat daripadanya atas faktor jarak untuk ke Arab Saudi.
Oleh itu, Dato’ Setia Dr Naim bercadang untuk mengadakan Simposium Perdana Haji seumpama ini di Malaysia dan menjadi Malaysia negara pertama di Asia Tenggara menganjurkan Simposium Perdana Haji dalam masa yang terdekat.
NORHAYATI PARADI
Jeddah Arab Saudi untuk Radio IKIM