Badan Pengelola Haji Thailand pelajari teknik tabungan daripada Malaysia

\"\"

Makkah, 20 Jun (IKIM) – Pihak rombongan haji Malaysia menerima kunjungan rombongan haji Thailand yang di ketuai oleh Amirul Hajj Dr Zakee Abdulaziz Pitakkumpun ke Ibupejabat Tabung Haji di Abraj Al-janadriyah, di sini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, hubungan baik di antara kedua-dua negara dalam urusan haji telah begitu lama di pupuk dan perjumpaan seumpama ini menjadi agenda tahunan oleh kedua-dua negara samaada di Makkah, Malaysia mahupun di Thailand bagi bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dalam urusan haji bagi kedua-dua negara.

\"\"

Menurutnya, “Pihak urusan haji Thailand beberapa kali juga turun ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Muzakarah Haji, Nadwah Urusan Haji Asia Tenggara dimana akan ada perbincangan secara mendalam di atas sebarang hal ehwal yang ada kepentingan bersama. Kerana kedua-dua negara duduk di bawah muasasah yang sama iaitu muassasah Asia Tenggara.”

 

Terdahulu, kedua-dua deligasi telah mengadakan perbincangan selama satu jam lebih untuk bertukar-tukar pandangan serta pengalaman berkaitan berbagai urusan termasuk urusan jemaah sebelum berangkat sehingga berada di Tanah Suci ini.

 

Ketua Rombongan Thailand menyatakan hasrat bahawa mereka ingin mempelajari sistem budaya tabungan yang di lakukan oleh Tabung Haji untuk rakyat Malaysia.

 

Untuk rekod, tahun ini seramai lebih kurang 11,300 jemaah haji daripada Thailand dapat menunaikan haji dan angka itu kurang daripada kuota yang diberikan oleh Arab Saudi iaitu 13 ribu Jemaah.

 

 

NORHAYATI PARADI

Makkah al Mukaromah untuk Radio IKIM

Scroll to Top