TUGAS DIPIKUL PERLU RASA TANGGUNGJAWAB – KP IKIM

KUALA LUMPUR, 16 Jan 2024 (IKIM) – Setiap warga kerja perlu merasakan setiap tugas dan kerja yang berikan adalah amanah yang perlu dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan dilakukan secara berpasukan, kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 bersama warga IKIM di Dewan Seminar, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini.

Mohamed berkata setiap warga kerja IKIM perlu merasakan tugasan yang dipikul adalah perlu mendapat keberkatan dan perlu bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab tidak kira sama ada memegang jawatan tinggi atau rendah.

Mengulas lanjut Mohamed berkata warga kerja IKIM juga perlu menjaga kesihatan memandangkan kebanyakan mereka adalah berumur 40 tahun ke atas dan ramai yang berhadapan dengan cabaran kesihatan, justeru bagi memastikan warga IKIM menghargai kesihatan pihak pengurusan IKIM melaksanakan pemeriksaan kesihatan kepada warga IKIM secara berkala iaitu secara tahunan.

Bagi mencapai visi dan misi IKIM, Mohamed berkata IKIM telah merangka tujuh Pelan Strategik IKIM iaitu Pelan Penyelidikan, Kesejagatan Kerjasama, Pengantarabagsaan Penerbit, Kepintaran Perpustakaan, Keunggulan Media, Kecemerlangan Tadbir Urus dan Kelestarian Kewangan untuk menjadi institusi utama kefahaman islam bertaraf antarabangsa serta memelihara, meningkat dan menyebar kefahaman Islam yang benar kepada masyarakat melalui penganjuran program, penyiaran dan penerbitan.

 

 

 

WhatsApp
Scroll to Top