YB SENATOR DR. ZULKIFLI ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE IKIM

Kuala Lumpur, 18 Jan (IKIM) – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan menyifatkan kunjungan hormat beliau ke IKIM hari ini sebagai nostalgia beliau bersiaran di IKIMfm setiap bulan secara berkala melalui slot Syariah dan Perundangan.

Ketibaan beliau di IKIM disambut oleh Pengerusi IKIM, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty dan Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil.

Kunjung hormat beliau ke IKIM disusuli dengan perbincangan berkaitan isu semasa termasuklah peranan dan fungsi IKIM yang terus relevan dengan masayarakat dalam memberi kefahaman Islam yang sebenar secara keseluruhannya.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata konsep Madani adalah sangat relevan dan penting diwacanakan idea Madani itu sendiri dan IKIM mempunyai sumber yang boleh memberi data dan fakta dalam memberi kefahaman Islam dalam konteks Malaysia atau global.

Zulkifli turut beramah mesra bersama-sama warga IKIM dan dibawa ke studio IKIMfm untuk sedikit taklimat dan rakaman ucapan sempena penjenamaan semula IKIMfm bermula Jan 2024.

Zulkifli sebelum ini bersiaran di IKIMfm setiap minggu ketiga melalui slot Syariah dan Perundangan, setiap Selasa pukul 10.00 pagi bersama penerbit Syafiq Salleh.

Scroll to Top