HAMDAN SENARIO MENINGGAL DUNIA

Kuala Lumpur, 5 Jan 2024 (IKIM) – Innalillahiwainna ilairajiun. Perkhabaran berita sedih diterima pada hari Jumaat yang memilukan ini dengan pemergian Pelawak Hamdan Ramli, 54, yang disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

Hamdan sebelum ini telah dirawat di hospital kerana jangkitan kuman dalam darah yang serius dan kehilangan beliau meninggalkan rasa duka yang mendalam kepada keluarga, rakan-rakan, industri dan peminat secara keseluruhannya.

Hamdan merupakan seorang pelakon yang berbakat dan telah menyumbang banyak kepada industri hiburan di Malaysia selain terkenal dengan watak-watak komedinya yang menghiburkan dan telah memenangi hati ramai penonton.

IKIM ingin menyampaikan salam takziah kepada keluarga dan rakan-rakan beliau atas kehilangan yang begitu besar ini dan semoga keluarga beliau diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi saat-saat yang sukar ini.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga Allah memberi kesabaran kepada keluarga Hamdan dalam menghadapi dugaan ini yang amat berat ini.

Allahyarham Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat cahaya mata.

Scroll to Top