UMAT ISLAM PERLU HINDARI MAKSIAT, PERBANYAKKAN IBADAT – ZULKIFLI

PUTRAJAYA, 30 April (IKIM) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan menyeru seluruh umat Islam agar menjauhi sebarang bentuk maksiat serta tidak terlibat dalam acara yang melalaikan dan boleh mencemarkan akhlak serta menggugat nilai murni masyarakat.

Menurut beliau, Islam menetapkan batas yang jelas dalam aspek hiburan, dan sebarang program berunsur negatif wajar dihentikan demi memelihara kesucian agama serta kesejahteraan ummah.

Dalam masa sama, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus memperkukuh usaha dakwah dengan kerjasama pelbagai pihak melalui penganjuran program keagamaan seperti bacaan Yasin, solat hajat, kuliah, ceramah, forum, tausiyah serta kempen kesedaran di media sosial dan majlis ilmu.

Beliau turut mengecam tindakan rejim Zionis Israel terhadap misi Global Sumud Flotilla dan menggesa umat Islam memperbanyakkan doa serta solat hajat bagi memohon keselamatan dan perlindungan kepada semua aktivis yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan menjadikan iman dan istiqamah sebagai benteng diri agar umat Islam terus teguh di jalan Allah SWT.

WhatsApp
Scroll to Top