TH terima Anugerah Labbaittom kedua untuk tahun ini

\"\"

 

Makkah, IKIM – 1 Julai 2023. Kerajaan Arab Saudi sekali lagi mengiktiraf Lembaga Tabung Haji (TH) apabila menyampaikan Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Urusan Haji.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah menyampaikan anugerah Anugerah Labbaittom (kategori Perkhidmatan Terbaik Pejabat Urusan Haji) kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Setia Dr Mohd Na\’im Hj Mokhtar dalam satu majlis kesyukuran yang dihadiri oleh pelbagai negara di Makkah semalam.

Malaysia sentiasa diiktiraf sebagai model terbaik di dunia

Dato’ Dr Na\’im berkata sistem dan kecekapan pengurusan jemaah haji Malaysia sentiasa diiktiraf sebagai model terbaik di dunia dan merupakan model pengurusan haji yang sering dicontohi oleh masyarakat antarabangsa.

“Antara kriteria dan spesifikasi untuk anugerah ini adalah penerapan teknologi untuk menyelaraskan perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah haji, persediaan ibadat dan kursus-kursus haji, peratusan kadar kepuasan jemaah haji dengan perkhidmatan yang ditawarkan, penilaian perkhidmatan yang disediakan sepanjang musim haji serta penilaian persediaan urusan pra-musim haji,” tambah Dato’ Dr Naim lagi.

“Perkara ini dapat dilihat melalui kesiapsiagaan TH dalam aspek pengurusan haji di Tanah Suci bagi memberi perkhidmatan terbaik seperti penyediaan prasarana di bangunan penginapan jemaah haji, pejabat perkhidmatan Maktab, pejabat perkhidmatan pelanggan, perkhidmatan kesihatan, penggunaan aplikasi THhujjaj untuk makluman perkembangan terkini di Tanah Suci dan perkhidmatan petugas haji dan pembimbing ibadat haji,” jelas beliau.

Pada bulan Februari yang lalu TH telah memenangi Anugerah Labbaitom untuk Perkhidmatan dan Program Bimbingan Haji Terbaik dalam dunia Islam daripada Kerajaan Arab Saudi dan ia merupakan satu lagi pengiktirafan kepada negara Malaysia.

\"\"

Turut hadir pada sesi penyampaian anugerah itu ialahPengerusi TH, Tan Sri Azman Hj Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Syed Hamadah Syed Othman, Ketua Rombongan Haji MalaysiaDato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman serta Pengurusan TH di Makkah.

Scroll to Top