Rahsia Penyelesaian Masalah

BANYAK dari kita yang sering membaca ayat ini dan juga mengetahui cerita ketika ayat ini diturunkan. Tetapi mungkin tidak banyak yang tahu kalau ayat ini dapat ditafsirkan sebagai rahsia menyelesaikan masalah. Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin memetik  Surah Al-Mudatsir ayat 1-7 bermaksud “Hai orang yang berselimut,  Bangunlah, lalu berilah peringatan. Dan Tuhanmu agungkanlah. Dan pakaianmu bersihkanlah. Dan perbuatan dosa tinggalkanlah. Dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah”

Nabi Muhammad SAW sedang selimut kerana diliputi perasaan takut melihat rupa malaikat Jibril turunlah wahyu yang pertama kali, yang memerintahkan agar segera bangun dan memperingatkan umat yang masih sesat itu supaya mereka mengenal jalan yang benar. Perkataan \”qum\” (bangunlah) menunjukkan bahawa seorang Rasul harus rajin, dan tidak mengenal putus asa dengan ejekan orang yang tidak menerima seruannya. Rasul tidak boleh malas dan berpangku tangan. Begitulah baginda semenjak turunnya ayat ini tidak pernah berhenti melakukan tugas dakwah. Hal itu dilakukan sepanjang hidup beliau dengan berbagai macam kegiatan yang berguna bagi kepentingan umat dalam menyampaikan ajaran agama Islam.

Demi menyelamatkan diri dari azab tersebut hendaklah manusia mengenal Allah dan patuh mengikuti perintah Rasulullah SAW. Allah menurunkan firman-Nya, \”Hai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan!\” (Surah Al Muddatstsir, ayat 1-2) sampai dengan firman-Nya, \”Dan untuk (memenuhi perintah) Rabbmu, bersabarlah!.\” (Surah. Al Muddatstsir, ayat 7)

\”Wa Robbaka fakabbir\” (Surah. Al Muddatstsir, ayat 3). Ayat ini memerintahkan agar Nabi Muhammad SAW mengagungkan Allah dengan bertakbir dan menyerahkan segala urusan kepada kehendak-Nya saja. Jangan mencari pertolongan selain kepada-Nya. Membesarkan Allah dengan segenap jiwa dan raga serta membina keperibadian yang unggul dan tidak mudah berputus asa, sebab manusia yang beriman memandang bahawa tidak ada yang ditakuti selain Allah saja. Sikap ini perlu dihayati oleh seseorang dai (pendakwah) yang tugasnya adalah mengajak manusia ke jalan Allah. Membesarkan Allah bererti mengagungkan-Nya dalam ucapan dan perbuatan. Menyerahkan segala urusan hanya kepada-Nya saja, beribadah dan membersihkan zat-Nya dari segala yang mempersekutukan-Nya dan kepada-Nya lah tempat menggantungkan harapan. Kalau dipenuhi unsur-unsur yang demikian dalam cara membesarkan Allah, barulah sempurna penghayatan iman bagi seorang mukmin. \”dan pakaianmu bersihkanlah,\” (Surah. Al Muddatstsir, ayat 4)

Dalam ayat ini Allah memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya membersihkan pakaian. Membersihkan pakaian dari segala najis dan kotoran, kerana bersuci dengan maksud beribadah wajib hukumnya, dan selain beribadah sunah hukumnya. Begitulah Islam mengharuskan para pengikutnya selalu hidup bersih, kerana kebersihan jasmani mengangkat manusia kepada akhlak yang mulia.

Membersihkan pakaian bererti membersihkan rohani dari segala watak dan sifat-sifat tercela. Khusus buat Nabi, ayat ini memerintahkan baginda menyucikan nilai-nilai nubuat (kenabian) yang dipikulnya dari segala yg mengotorkannya (dengki, sempit, pemarah dan lain-lain). Ayat yang memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW bersikap sabar, kerana dalam berbuat taat itu pasti banyak rintangan dan dugaan yang dihadapi. Janganlah putus asa, sebab tiada perjuangan yang berhasil tanpa pengorbanan. sebagaimana perjuangan yang telah dialami para Nabi dan Rasul.

Ada beberapa bentuk sabar yang ditafsirkan dari ayat di atas, misalnya: Sabar dalam melakukan perbuatan taat, sabar menjauhkan diri dari perbuatan maksiat, menghadapi musuh, sabar ketika menghadapi dugaan dan ketetapan (qadar) Allah, dan sabar menghadapi kemewahan hidup di dunia.

Kesimpulan dalam ayat ini hendaknya bersabar dalam melaksanakan apa yang diperintah-Nya maupun yang dilarang-Nya. Dan sabar dalam taat dan ibadah dalam menghadapi segala dugaan dan ujian. Dengan sikap sabar dan tabah itulah sesuatu perjuangan dijamin akan berhasil, seperti yg diperlihatkan oleh junjungan kita Muhammad SAW.

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 31 Julai 2017
\"\"
WhatsApp
Scroll to Top