Program Siri Jelajah Transformasi Al-Falah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kelantan (15 Julai 2023, Sabtu)

KOTA BHARU, 15 Julai 2023 (IKIM) – Hari kedua Program Siri Jelajah Transformasi Al-Falah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dimulakan dengan solat subuh dan sarapan pagi di Masjid Muhammadi, Kota Bharu bersama Imam-imam Bandar dan Jajahan Kota Bharu.

Semasa berucap di dewan masjid, Pengetua Masijd Muhammadi memberitahu bahawa terdapat 612 buah masjid di Kelantan dan kesemua masjid ini adalah dibawah pentadbiran dan pengurusan Majlis (MAIK).

MAIK telah melantik Imam Besar bagi menguruskan kesemua masjid di Kelantan dan tugasan Imam Besar bukanlah menjadi imam di masjid tetapi bagi memastikan segala pentadbiran, pengurusan, kebajikan diriskan dengan baik bagi setiap masjid.

Beliau berkata Masjid Muhammadi ini juga dikenali sebagai Masjid Besar pada suatu ketika dahulu dan masjid ini mengadakan kelas pengajian di mana kurikulum pembelajarannya adalah sama dengan kurikulum di Masjid Masjidil Haram oleh itu apabila pelajar tamat tempoh pengajian akan menyambung pengajian ke Makkah.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar berkata dalam Tranformasi Al Falah, salah satu focus yang menjadi peri penting adalah membangunkan institusi masjid dan dalam hal ini imam memainkan peranan penting dalam membentuk masayarakat ke arah kesejahteraan.

Mohd Na’im berkata imam adalah dianggap sebagai pakar rujuk dan sekiranya terdapat permasalah, masyarakat akan mendapatkan khidamat nasiht daripada imam dalam membantu menyelesaikan masalah mereka.

Oleh itu, imam perlu ada sigfat cinta kepada ilmu supaya selari dengan anggapan masyarakat sebagai pakar rujuk dan dengan adanya ilmu mereka akan dapat membantu dengan sebaik mungkin.

Di Kelantan, terdapat dua kategori imam iaitu Imam Tua dan Imam Muda yang mana saling melengkapi dalam menguruskan institusi masjid dan Mohd Na’im menasihatkan agar mereka mendalami ilmu pengurusan termasuklah dari segi kewangan serta kebajikan dan bukan hanya memimpin solat di masjid.

Beliau juga menyarankan agar masjid-masjid di Kelantan menjalinkan kerjasama seperti mengadakan perkongsian cara pentadbiran yang baik untuk setiap masjid.


TUMPAT, 15 Julai 2023 (IKIM) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar meneruskan Program Siri Jelajah Transformasi Al-Falah  hari kedua ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut di Tumpat bagi perasmian Karnival Al-Falah.

Dalam ucapan perasmian, Mohd Na’im mengucapkan syabas dan tahniah kepada secretariat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut yang telah memberikan komitmen penuh dalam memastikan carnival ini dapat direalisasikan dengan baik.

Mohd Nai’m berkata penganjuran program melalui kerjasama strategic ini amat digalakkan sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan dalam usaha memastikan setiap program yang dilaksanakan memberi nilai tambah dan impal positif kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Karnival ini juga merupakan program khusus kepada pelajar lepasan SPM dan STPM bagi mendedahkan mereka kepada peluang berkaitan hala tuju pendidikan.

Pada majlis itu, Mohd Na’im menyerahkan sumbangan berjumlah RM2.9 juta kepada penerima di kalangan asnaf diberikan dalam perbagai bentuk melibatkan Bayt Ar-Rahmah iaitu projrk bina dan baik pulih rumah kerana bencana, Bakul Madani, sumbangan Tunai Rahmah kepada murid-murid berkeperluan khas dan peralatan hospital.

Dalam majlis ini turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Tuan Haji Zamri Zainal Abidin dan Pengurus Besar Radio IKIM, Tuan Haji Mahathir Shaharuddin.

Karnival ini adalah kerjasama YADIM, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut.

Scroll to Top