Persiapan Hari Wukuf mencapai 80% kesediaan menerima jemaah

 

 

\"\"

Makkah,19 Jun (IKIM) – Ketersediaan untuk perkhemahan di masyair mencapai tahap 80%. Demikian menurut laporan daripada pasukan masyarik yang berada di lokasi setiap hari sehingga menjelang hari wukuf yang berbaki 9 hari sahaja lagi.

 

Ketua Rombongan Haji Malaysia Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, “Arab Saudi telah mengumumkan hari ini, Isnin 19 Jun 2023 merupakan hari pertama bulan zulhijjah.

 

Oleh tu semua sektor telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menghadapi dan menjalankan operasi masyair dengan jayanya. Ini termasuk juga di peringkat maktab akan di adakan taklimat-taklimat berkenaan pergerakan masyair akan di lakukan mengikut KT.

 

Dalam taklimat tersebut juga  akan di terangkan berbagai isu termasuk isu, pergerakan di sana, kemudahan di arafah dan mina.”

 

Katanya, terdapat beberapa penambahbaikan kemudahan yang bakal di kecapi oleh Jemaah pada tahun ini. Ia adalah Penggunaan wheeled litter carrier di Masya’ir bagi membolehkan penghantaran pesakit dengan lebih cekap dan efisien berbanding penggunaan stretcher biasa, Khemah Masya’ir yang baru berdinding PVC di Arafah, lapisan syiling yang dapat mengurangkan haba panas ke dalam khemah, bekalan elektrik di Arafah adalah 100% secara terus dari pencawang, bangunan dapur baharu bagi penyediaan sajian yang lebih teratur dan selamat serta bekalan Makanan Ready To Eat yang dibawa dan dibekalkan 100% oleh syarikat dari Malaysia.

 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, “Seramai 29,212 jemaah telah sampai di Makkah dengan jumlah penerbangan sebanyak 95 penerbangan”.

\"\"

Terdahulu, Dato’ Seri Syed Saleh melancarkan Program Kebersihan di Peringkat Maktab 1444H di Lobi Utama Zwar Al-Bait Maktab 81.

Ia adalah satu program yang di lebar luaskan daripada Program Kebersihan Masyair yang telah di perkenalkan pada tahun 2017 kemudian di susuli dengan Program Kebersihan Maktab pada tahun 2018.

Tahun ini, akan di adakan pertandingan di peringkat maktab untuk kebersihan dan keceriaan di bilik para Jemaah haji dengan di bahagikan kepada dua kategori iaitu kategori wanita dan kategori lelaki.. Kesemua 9 maktab akan mengambil bahagian

 

 

 

NORHAYATI PARADI

Makkah al Mukaromah untuk Radio IKIM

WhatsApp
Scroll to Top