Perkataan Yang Baik

PERKATAAN yang baik merupakan satu perkara yang penting dalam komunikasi. Perkara yang sering menjadi masalah did alam rumahtangga apabila perkataan-perkataan yang baik sudah tidak wujud, komunikasi menjadi semakin dingin serta saling kat mengata. Menerusi segmen Pesona D’Zahra, Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin berkongsi tips komunikasi yang baik yang disebutkan di dalam Al-Quran untuk memperbaiki hubungan did alam sesebuah kekeluargaan.

Allah SWT berfirman menerusi Surah al-Baqarah ayat 263 yang bermaksud : (Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. Menerusi ayat ini Allah SWT menyebut mengenai perkataan yang baik dan lawannya ialah perkara yang menyakitkan berupa bahasa sindiran atau sarkastik.

Menurut tafsir Jalalain, perkataan yang baik yang disebutkan did alam ayat ini ialah benda yang bagus didengar dan menyambut atau menerima perkataan daripada orang cengan cantik dan baik. Perkara ini menyentuk aspek memberi dan menerima did alam komunikasi agar hubungan dan jalinan yang dibina bertambah baik. Kebiasaannya, did alam diri manusia, kita sering melihat ramai yang semakin hari semakin memperbaiki diri dari aspek penampilan diri. Malangnya, ramai yang tidak memperbaiki diri dari hari ke sehari dalam aspek perkataan dan percakapannya. Antara perkara yang paling penting did alam akhlak ialah perkataan dan percakapan yang bagus.

Terdapat tiga perkara yang penting dalam mewujudkan ‘perkataan yang bagus’. Pertama adalah “muda’abah” yang bermaksud kata-kata yang peduli, ambil berat serta meraikan. Bagi mencipta atau mengeluarkan kata-kata ini di dalam percakapan kita, ia harus datang bersama niat. Perkataan-perkataan ambil berat ini sukar sekiranya dibuat-buat. Tidak akan wujud di dalam diri kita daripada perkataan baik jenis pertama ini sekiranya tidak wujud rasa untuk memaafkan kesilapan dan kesalahan pasangan. Menurut Tafsir Jalalain, setiap perkataan baik yang kita terima berupa kata-kata ambil berat dan peduli ini, perlu kita balas dengan perkataan yang baik juga.

Baginda Nabi SAW pernah bersabda : tidak ada daripada satu sedekah yang paling disukai dan dicintai oleh Allah SWT melainkan perkataan yang bagus. Tidakkah kamu mendengar firman Allah SWT : perkataan yang bagus dan sentias memaafkan. Maka itu lebih bagus di sisi Allah SWT.

Perkara kedua mengucapkan kata-kata yang bagus ialah “Mula’abah”. Kata ini bermaksud  gurau senda dan bejenaka yang kita lafazkan kepada pasangan di dalam rumahtangga yang dibina. Kata-kata jenaka ini perlu sering dilafazkan agar wujud dan lahir kemesraan di antara pasangan. Namun perlu sentiasa berhati-hati dalam menuturkan kata-kata gurauan dan jenaka ini kerana ia sering disalah anggap. Kadangkala apa yang dituturkan oleh pasangan dengan niat untuk bergurau bersama pasangannya, namun kerana salah anggap, akhirnya berlaku pergaduhan yang tidak diinginkan. Dalam hal ini, mudah agar kita dapat memaafkan pasangan dan bersangka baik dengan pasangan. Selain memaafkan, Islam menganjurkan agar kita turut mendoakan pasangan kita.

Akhir sekali, perkara penting dalam mewujudkan perkataan yang bagus ialah dengan kata-kata “madah” atau pujian. Kata-kata pujian ini akan menggembirakan hati pasangan sekiranya kita sering menuturkannya. Namun ia menjadi sukar untuk kita luahkan sekiranya ada kesilapan lama yang terbuki di dalam hati. Pastikan, sentiasa bersihkan hati dengan memaafkan kesilapan dan kesalahan pasangan agar mudah untuk kita melafazkan kata-kata berbentuk pujian buat pasangan kita. Terdapat pujian yang berbentuk umum dan pujian yang berbentuk khusus untuk pasangan. Gunakan kata-kata pujian ini dengan ikhlas tanpa ada sebarang niat yang terselindung. Lazimi diri kita untuk sentiasa mencari dan melihat kebaikan pasangan berbanding kekurangan dan kesalahan yang ada padanya. Dengan sikap sebegini akan menjadikan kita lebih mudah menuturkan kara-kat pujin dan positif buat pasangan.

Komunikasi merupakan aspek yang penting dalam memastikan rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Jadikan perkataan yang baik sentiasa meniti di bibir kita kerana tidak pernah rugi sekiranya kita dapat melafaxkan kata-kata dan lakukan perkara-perkra yang baik. Lazimi perkataan yang baik dalam rumahtangga agar pasangan merasa tenteram dan bahagia di dalam perkahwinan yang dibina.

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 11 Disember 2017

\"\"

Scroll to Top