ASEAN PERLU PERKUKUH PERPADUAN, PERTINGKAT KEBOLEHSUAIAN SUSULAN KETIDAKTENTUAN GLOBAL – PM ANWAR
KUALA LUMPUR, 26 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru negara-negara anggota ASEAN agar terus memperkukuh perpaduan serta meningkatkan kebolehsuaian dan matlamat bersama dalam mendepani landskap global yang kian tidak menentu. Beliau berkata Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini membawa bersamanya tanggungjawab yang besar bukan sahaja untuk memimpin blok serantau itu tetapi […]








