NGO ISLAM GESA HENTIKAN FITNAH & ADU DOMBA ATAS NAMA AGAMA

Kenyataan Media Gabungan NGO-NGO Islam
18 Ogos 2023 / 1 Safar 1445 H

NGO ISLAM GESA HENTIKAN FITNAH & ADU DOMBA ATAS NAMA AGAMA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama gabungan NGO-NGO Islam memandang berat kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), YB Dato’ Dr Mohd Na’im Mokhtar, bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mendakwa bahawa Sekolah Agama di Negeri Selangor diarah untuk ditutup.
Kami berpendirian mana-mana pihak yang cuba untuk menjuarai isu sebegini harus menyemak fakta terlebih dahulu serta bersikap jujur bukan dengan memanipulasi atau mempolitikkan isu berkaitan.

Isu yang dibangkitan telah dijelaskan oleh YB Menteri iaitu berkaitan dengan Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) yang bertujuan untuk memastikan keselamatan pelajar-pelajar di institut tahfiz serta sekolah agama persendirian.

Tindakan ini selari dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, yang mahu semua institusi yang berkenaan didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Justeru, atas fakta tersebut, kami mengecam sebarang fitnah yang cuba disebarkan untuk membakar sentimen kebencian dalam kalangan masyarakat kerana ia akan mengganggu usaha untuk memartabatkan Islam di negara ini.

Dalam masa sama, bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang, kami tegaskan sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa bertindak tegas ke atas anasir-anasir yang berupa fitnah hasutan yang tidak berasas seperti ini.

Kami turut menyeru seluruh pihak untuk bersama-sama memartabatkan Islam dan menyebarkan tanda pagar #SebarkanSalam dalam proses pembinaan negara menerusi usaha merealisasikan gagasan Malaysia Madani yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri.

Kenyataan Media ini disokong oleh:

1) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

2) Perikatan  Gabungan NGO-NGO Islam Bukan Kerajaan (ACCIN)

3) Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)

4) International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ)

5) Interactive Muslimah Association (IMAN)

6) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

7) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

8 ) Research & Information Centre On Islam (RICOI)

9) Wadah Pencerdasan Umah Malaysia (Wadah)

10) Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)

11) Pertubuhan Ikatan Cendekiawan Muslim Malaysia (ICMAS)

12) Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

13) Sekreteriat Markaz Global Malaysian Chapter

14) Nabawi Garden Welfare And Education Organization ( NEWTON )

15) Pertubuhan Iqra Malaysia

16) Persatuan Kebajikan Bayt al Rahmah

17) Pertubuhan Pendidik Sejahtera Malaysia (Pendidik)

18) Pertubuhan Nadwah Ilmuwan (Nadwah)

19) Pertubuhan Ikatan Ilmuwan Islam Mengenai Dasar & Urus Tadbir (IITQAN)

20) Yayasan Takmir Pendidikan

21) Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Negeri Sabah ( CONCERN)

22) Pertubuhan Salwa Malaysia

Scroll to Top