Kunjungan Hormat Ketua Pengarah IKIM ke Kemboja

\"\"

 

Oleh Hajah Nik Hasnah binti Ismail, Unit Perhubungan Korporat (UPK) IKIM

 

PHNOM PENH, 27 Mac 2023 (IKIM) – Kunjungan Ketua Pengarah IKIM Prof Madya Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil ke Kemboja atas jemputan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Datuk Dr Othsman Hassan membuka ruang kerjasama strategik antara agensi agama seperti IKIM dalam memperkasakan pemahaman Islam sebenar kepada masyarakat Islam Kemboja.

Semasa di Kemboja, YBhg Ketua Pengarah tidak hanya memenuhi jemputan berbuka puasa yang dihoskan oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dengan tetamu jemputan khas Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvesyen dan Pameran Antarabangsa Chroy Changvar di Phnom Penh yang dihadiri oleh 6000 orang tetamu, namun turut dimanfaatkan dengan bertemu Mufti Kemboja Okhna Haji Kamarudin Yusof dan melakukan ziarah ke atas pelajar Madrasah An- Na’mah di Batu 9 Phnom Penh.

YBhg Ketua Pengarah juga berkesempatan membuat pertemuan dan perbincangan bersama  Okhna Datuk Othsman Hassan dan Presiden Cambodia University of Management and Technology (CUMT) Dr. Mohamad Farid Hosen.

Turut serta dalam kunjungan ke Kemboja ialah Pengurus Berita Radio IKIM Pn. Maslina Alias dan Ketua Perhubungan Korporat IKIM Pn. Nik Hasnah Ismail.

\"\"

\"\"

\"\"\"\"

\"\"

\"\"

\"\"

\"\"

\"\"

\"\"

\"\"

\"\"

\"\"

\"\"

\"\"

 

WhatsApp
Scroll to Top