KERAJAAN PERPADUAN SENTIASA TINGGIKAN SYIAR ISLAM, PERTAHAN HAK DAN KEADILAN RAKYAT

 

\"\"

PUTRAJAYA, 4 Julai 2023 (IKIM) – Kerajaan Perpaduan akan sentiasa meninggikan syiar Islam dan memastikan hak serta keadilan rakyat Malaysia dipertahankan.

Justeru ketika berucap pada Majlis Peluncuran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya (KIP), YAB Dato\’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia berkata, beliau akan menggunakan mandat dan amanah yang diberikan rakyat untuk tujuan tersebut. Dalam masa yang sama, Perdana Menteri meminta rakyat di negara ini memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan prinsip-prinsip yang terdapat dalam konsep Malaysia MADANI.

Sementara itu, peluncuran terjemahan buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam karya ulama terkenal iaitu al-Marhum Sheikh Dr. Taha Jabir Fayyad al-Alwani yang disempurnakan oleh Perdana Menteri merupakan hasil penerbitan semula secara bersama antara pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai bahan rujukan tentang penjagaan adab perbezaan pendapat dan pengurusan perselisihan pendapat dalam Islam.

Sebelum peluncuran telah diadakan Program Bicara MADANI bagi mengupas pandangan penulis yang dikupas oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan , Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah dan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Dato\’ Dr. Muhammad Nur Manuty.

Scroll to Top