MEKAH, 26 Mei (IKIM) β Seramai 565 jemaah haji bakal tiba di Mekah hari ini yang merupakan kumpulan awal penerbangan musim haji 1444H yang tiba di Madinah pada Ahad lepas.
Pengarah Operasi Maktab, Mohd Sawal Abong berkata pihaknya telah bersedia sepenuhnya menyambut ketibaan Jemaah haji berkenaan yang akan di tempatkan di bangunan Abraj Al-Janadriyyah, ibu pejabat Tabung Haji di Mekah.
βTH menguruskan bagasi mereka yang akan masuk ke tempat penginapan hari ini sehari lebih awal sebelum Jemaah tiba.β Mohd Sawal Abong, Pengarah Operasi Maktab.
Beliau menambah, sebaik Jemaah haji tiba dan di bawa ke bilik masing-masing untuk berehat. Kemudian, mereka akan di bawa ke Masjidil Haram bagi melakukan umrah dengan di bantu oleh dua orang Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS).
Secara keseluruhan, terdapat 9 maktab penginapan TH yang berada tidak lebih 1000m dari Masjidil Haram dengan 12 anggota ditugaskan di setiap maktab bagi menguruskan segala aktiviti-aktiviti Jemaah haji sepanjang mereka berada di tanah suci termasuk menjaga kebajikan dan keselamatan.
Norhayati Paradi, Mekah Al-Mukaromah