Imam Al-Bukhari

NAMA Abu Abdillah Muḥammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-Ju‘fī al-Bukhari mungkin kurang dikenali. Tetapi itulah sebenarnya nama penuh bagi Imam Al-Bukhari yang terkenal di seluruh dunia kerana luas ilmunya itu dan banyak jasanyan terhadap ilmu hadis. Beliau digelar dengan gelaran Abu Abdillah. Menerusi segmen Ibrah (Salafus Soleh) di radio IKIMfm yang bersiaran hari Isnin jam 5.1.5 petang minggu lalu , Ustaz Muhadir Hj Joll berkongsi kisah mengenai Imam Al-Bukhari.

Beliau dilahirkan di Bukhara pada hari Jumaat, 13 Syawal 194H. Sekalipun beliau bukan dikalangan bangsa Arab kerana beliau berbangsa Parsi, namun penguasaan dan pencapaian beliau dalam Bahasa Arab dan ilmu hadith sangat luar biasa. Beliau lahir daripada susur galur yang sangat mulia. Datuknya memeluk Islam di tangan Al-Yaman Al-Ju’fi seorang ketua Bukhara pada ketika itu. Manakala bapanya diceritakan oleh Ahmad ibn Hafaz “aku sempat berjumpa dengan ayah Abu Abdillah ketika hampir-hampir hendak meninggal dan katanya : Aku tidak tahu. Dalam harta aku boleh aku pastikan tidak terdapat satu dirham pun yang haram ataupun syubhah.” Ayahnya memastikan yang halal sahaja demi nafkah buat keluarga.

Sekalipun Imam Bukhari ini buta dari kecil, namun semangatnya untuk menuntut ilmu tidak pernah luntur. Malah beliau sangat bersemangat untuk mempelajari ilmu terutamanya ilmu hadith. Ketika usianya 5 tahun, beliau telah belajar Al-Quran dan gurunya pada ketika itu membaca Surah Qaf. Mendengarkan bacaan gurunya, beliau dapat menghafal dengan sekali dengar tanpa menulis satu pun ayat tersebut. Gurunya kemudian bertanya “siapa yang telqh menghafal.” Kata Imam Bukhari “aku telah menghafal did alam hatiku”. Gurunya terkejut dan ketika diperdengarkan bacaan tersebut ternyata bacaannya sangat sempurna dengan sebutan dan tajwid yang betul. Lalu gurunya katakan “sekarang kamu dah boleh dan layak belajar hadith.”

Gembira dengan kata-kata gurunya itu, beliu menceritakan hasratnya untuk belajar ilmu hadith kepada ibunya. Seorang ibu yang kasihan akan anaknya yang tidak nampak dan teraba-raba ketika berjalan berkata “kamu belajar Al-Quran dahulu, baru hadith”. Ibunya berkata demikian kerana kasihan akan Imam Bukhari kerana keadaan matanya yang buta. Imam Bukhari kemudian masuk ke bilik ditemani ibunya lalu membacakan Surah  Qaaf. Melihatkan keinginan dan kesungguhan Imam Bukhari untuk belajar hadith, ibunya kemudian berdoa kepada Allah SWT “Wahai Allah SWT Yang Maha Melihat, yang atas sesuatu tetap akan berkuasa, Ya Allah, kembalikan akan pandangan mata anakku”. Ketika doa itu dipanjatkan kepada Allah, Imam Bukhari yang sedang membaca Surah Qaaf tiba di ayat ke-22 yang bermaksud “(Serta dikatakan kepadanya): \”Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)\”. Seolah-olah ada hubungan doa ibunya dengan ayat yang dibacanya. Lalu ketika itu juga Allah SWT celikkan mata Imam Bukhari.

Dengan perasaan gembira, Imam Bukhari mengejutkan ibunya lantas berkata “ibu, saya dah boleh melihat”. Ibunya yang masih separuh sedar kerana baru jaf dari tidur bertanya “adakah kamu melihat dengan mata hati?” Imam Bukhari berkata “tidak, aku melihat dengan mataku.” Ternyata doa ibunya telah dimakbulkan.

Kesungguhan Imam Bukhari dalam menuntut ilmu tidak perlu diragui lagi. Beliau menuntut ilmu terutamanya ilmu hadith sehingga ke bumi Syam, Mesir, Basrah, Jazeera, Makkah, Madinah dan Kufah, Baghdad. Gurunya juga sangat ramai. Beliau katakan “aku menulis daripada 1080 orang guru”. Kesemuanya guru hebat dalam bab Hadith. Imam Muhammad ibn Abi Hatim katakan “aku bertanya kepada Abi Abdillah, bagaimana kamu di awal didikanmu?” Kata Imam Bukhari “aku mendapat ilham untuk menghafal hadith sedangkan aku masih berumur 10 tahun atau kurang”.

Ketika usinya 18 tahun, Imam Bukhari telah tulis kitab al-Tarikh di sisi Makam Rasulullah SAW pada malam-malam bulan terang bagi mengambil keberkatan. Beliau mempunyai prinspi dalam mempelajari ilmu dan berguru. Kata Imam Bukhari “saya tidak akan belajar melainkan daripada orang yang katakan iman itu adalah perkataan dan amalan.” Kata al Imam ibn Hajar al-Asqalani “gurunya itu pelbagai lapisan, sahabatnya juga guru dan begitu juga anak muridnya juga guru buat beliau.” Ini membuktikan beliau sangat tawaduk dengan ilmunya.” Ketajaman fikirannya terbukti dengan beliau tidak mencatat ketika belajar. Ini kerana dua perkara. Satunya, beliau ingin tumpukan kepada pembelajaran tersebut. Kedua kerana ingatannya kuat. Habib ibn Ismail katakan “Imam Bukhari mengikut kami pergi kepada guru-guru besar di Basrah sedangkan beliau masih kecil. Beliau tidak menulis satu pun hadith dan beliau telah menghafal 15 ribu hadith tanpa sebarang catatan.”

Muhmmad ibn Hatim Al-Warra’ meriwayatkan, Imam Bukhari menceritakan “aku pernah duduk dalam majlis ilmu al-Firyabi, guru kepada Imam Bukhari. Aku telah menyebutkan nama bagi gelaran perawi yang disebutkan oleh guru itu”. Beliau bukan sahaja mengetahui nama perawi bahkan gelaran mereka. Muhammad ibn Abi Hatim mendengar An-Najam ibn Fudail berkata “saya mimpi berjumpa Nabi SAW dan aku melihat Baginda berjalan dan Imam Bukhari berjalan di belakang Nabi SAW. Bekas tapak kaki Nabi dan pijakan Nabi SAW akan dipijak sama oleh Imam Bukhari”. Tafsiran ulama mengenai mimpi tersebut katakan “Imam Bukhari akan mengikut jejak langkah Nabi SAW”.

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 24 Oktober 2017
\"\"
Scroll to Top