IKIM MERANGKUL TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN BUBUR LAMBUK ANJURAN PROTON

Shah Alam, 21 Mac (IKIM) – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) merangkul tempat ketiga dalam Pertandingan Memasak Bubur Lambuk anjuran PROTON yang diadakan di perkarangan parkir Perusahaan Otomobil, Subang hari ini.

IKIM disertai oleh Kelab IKIM diwakili Azlee Abdul Aziz, Fatkhulmungin Mohd Yusof, Ahmad Redhwan Abd Ghani, Mohd Fath Ghani Mualib, Mohd Hazrul Ahmad dan Ummu Fadhilah binti Nasri.

Ketua tukang masak IKIM, Azlee Abdul Aziz (Abg Man), 59 berkata persiapan menyediakan bahan-bahan memasak bubur lambuk ini telah disediakan malam sebelumnya bermula dari selepas solat terawih hingga 1:00 pagi.

Beliau yang mempunyai pengalaman memasak sejak berumur 30 tahun lagi turut berkongsi tip memasak bubur lambuk perlu diseimbangi dengan rempah ratus dan sukatan yang yang betul.

“Memasak ni kena ikhlas dari hati baru lah masakan kita tu sedap dan kita yang masak pun gembira tengok orang suka makan masakan kita.

Masak bubur lambuk ni kena sabar, kena sentiasa kacau untuk kembangkan beras dan bila dah 70 peratus beras tum asak barulah masukkan bahan-bahan lain,“ katanya.

Sementara itu menurut Timbalan Presiden Modal Insan PROTON, Amran Mohd Tomin acara memasak bubur lambuk anjuran PROTON ini merupakan acara tahunan bagi menyantuni warga kerja PROTON namun pada tahun ini sedikit kelainan iaitu diadakan pertandingan memasak bubur lambuk dengan menjemput komuniti dan beberapa organisasi luar termasuk IKIM.

Turut hadir dalam acara ini Pengarah Pusat Media, Ahmad Fuad Mat Ali dan barisan penyampai IKIMfm iaitu Tyzo Xander, Faiz Othman, Erwan Johari, Fairuz Noordin, Norhayati Paradi dan Maslina Alias.

Sebanyak 2000 pek bubur lambuk diperolehi hasil daripada pertandingan ini dan diagihkan kepada komunit setempat seperti polis, bomba, masjid dan pertubuhan anak-anak yatim.

Scroll to Top