SURAH AL-JUMU’AH DIANGKAT SEBAGAI SURAH PILIHAN WORLD QURAN HOUR 2024

Shah Alam, 25 Mac (IKIM) – World #QuranHour kesembilan yang berlangsung pada 4 April depan di Masjid Negara akan mengangkat tema “Ummah #GrandReset : Kesatuan & Transformasi Sosial” berpandukan Surah Al-Jumu’ah.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff selaku penganjur acara berkata, Surah al-Jumu’ah dipilih bagi World #QuranHour kali ini adalah sebagai panduan untuk penambaikan diri,menjana ekonomi serta kekuatan ummah di seluruh dunia.

Mengulas lanjut beliau berkata, Ummah #GrandReset mensasarkan kepada ‘reset’ kesatuan dan melakukan transformasi sosial bagi umat Islam dengan sasaran 3U : Ulama’, Umara’ dan Ummah, sebagai formula menuju kemenangan akhir zaman.

“Penyatuan media dengan  al-Quran dari Malaysia ke seluruh dunia yang bermula sejak tahun 2015 hingga 2023 telah mencatatkan capaian sosial sebanyak 6.62 bilion secara keseluruhan tahun,” katanya semasa Taklimat Sinergi Media sempena World #QuranHour 1445H di sini hari ini.

Program World #QuranHour kali ini akan pertama kali diadakan di Masjid Negara sebagai lokasi perdana yang dijadual bermula dari pukul 12 hingga 1 tengah hari. Turut hadir tetamu kehormat, keberangkatan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bersama-sama memeriahkan program pada hari berkenaan.

Scroll to Top