IKIM SERTAI PERTANDINGAN BUBUR LAMBUK ANJURAN PROTON

Shah Alam, 21 Mac (IKIM) – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini bersama-sama menyertai Pertandingan Memasak Bubur Lambuk anjuran PROTON yang diadakan di perkarangan parkir Perusahaan Otomobil, Subang.

Menurut Presiden Kelab PROTON Shah Alam, Azhar Noordin acara memasak bubur lambuk anjuran PROTON ini merupakan acara tahunan bagi menyantuni warga kerja PROTON namun pada tahun ini sedikit kelainan iaitu diadakan pertandingan memasak bubur lambuk dengan menjemput beberapa organisasi luar termasuk IKIM.

Beliau berkata bubur lambuk yang dimasak ini akan diagihkan kepada warga PROTON dan komuniti setempat.

Sementara itu Ketua tukang masak IKIM, Azlee Abdul Aziz (Abg Man), 59 berkata persiapan menyediakan bahan-bahan memasak bubur lambuk ini telah disediakan malam sebelumnya bermula dari selepas solat terawih hingga 1:00 pagi.

Menurut Ketua tukang masak PROTON Casting pula, Norzana Zakaria pasukannya telah bangun awal pagi bagi menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk pada hari ini.

Pertandingan bubur lambuk anjuran PROTON ini disertai oleh lapan pasukan termasuk IKIM.

Scroll to Top