IKIM TANDATANGAN LETTER OF INTENT (LOI) BERSAMA Muslim World League 

Petaling Jaya, 8 Mei (IKIM) – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini menandatangani Letter of Intent (LoI) bersama Muslim World League bagi menterjemahkan komitmen masing-masing melalui persepakatan dan persefahaman dalam bidang penyelidikan, penganjuran program seperti seminar dan persidangan serta penerbitan buku berkenaan fiqh ta’ayush dalam Bahasa Inggeris dan Arab.

IKIM diwakili oleh Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil menandatangani dokumen tersebut dan bagi pihak Muslim World League ditandatangani oleh Dr. Mohammed Ahmad Gharawi.

Majlis disaksikan oleh Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL), Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa dan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah berlangsung di pejabat Muslim World League di Petaling Jaya, Selangor.

Turut hadir Pengerusi IKIM, Prof Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty,;Timbalan Pengerusi IKIM, Datuk Wan Mohamad Dato’ Shaikh Abdul Aziz dan Ketua Pengarah JAKIM, Datin Paduka Hjh. Hakimah binti Mohd Yusof.

WhatsApp
Scroll to Top