KERJASAMA DARIPADA ULAMA DAN PEMIMPIN ISLAM DIPERLUKAN UNTUK CAPAI PERPADUAN UMMAH

Kuala Lumpur, 8 Mei (IKIM) –  Ulama dan para pemimpin Islam perlu berganding bahu dalam mencapai matlamat perpaduan ummah serta menyelesaikan sebarang perselisihan yang berlaku dalam masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata golongan ulama, pemimpin termasuk saintis perlu menunjukkan teladan dengan mengukuhkan perpaduan di dalam diri mereka terlebih dahulu.

Mengulas lanjut, Mohd Naim berkata penganjuran Dewan Ulama 2024 adalah sebahagian daripada usaha untuk membawa perpaduan di kalangan mereka yang kemudiannya akan disebarkan kepada kehidupan umat Islam dan masyarakat sejagat.

“Umat Islam perlu disedarkan bahawa usaha untuk merealisasikan perpaduan ini perlu merentasi dinding pelbagai aliran pemikiran dan ideologi dengan matlamat mencapai kemaslahatan ummah dan menolak eksterimis dan kepercayaan yang melampau”

Tambahan, beliau berkata ketidaksamaan harus dijadikan sebagai kelebihan manakala persamaan harus digunakan sebagai sumber kekuatan kerana kemuliaan umat Islam serta jatuh sesebuah masyarakat, bangsa atau negara itu terletak pada perpaduannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ulama Asia 2024 di sini, hari ini dengan dihadiri tetamu kehormat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ; Setiausaha Agung Muslim World League Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa.

Dalam senarai turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Dr Zulkifli Hasan; Pengerusi IKIM, Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dan Ketua Pengarah IKIM, Prof Madya Dato’ Dr Mohamed Azam Mohamed Adil.

Justeru,  Mohd Na’im berharap agar majlis itu dapat membuka skop kerjasama, kesepakatan dan persefahaman yang lebih baik dalam kalangan ulama, pemimpin dan saintis Islam pada masa hadapan.

Majlis Ulama Asia 2024 merupakan persidangan kedua anjuran Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Liga Dunia Islam, Arab Saudi dengan membawa tema ‘Perpaduan’ yang bertujuan memupuk perpaduan dan nilai murni serta menghormati perbezaan pelbagai dimensi dari sudut berdasarkan teras MADANI, teologi dan sosiologi .

Scroll to Top