IKIM MENGANJURKAN PERSIDANGAN MEJA BULAT “TANGGUNGJAWAB MUSLIM TERHADAP ORANG PELARIAN”

KUALA LUMPUR, 22 Nov 2023 (IKIM) – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), International Institute of Advanced Studies (IAIS), Bait Al-Amanah dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini menganjurkan  Persidangan Meja Bulat “Tanggungjawab Muslim Terhadap Orang Pelarian” di IAIS, Kuala Lumpur.

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengerusi IAIS, Prof. Dr. Maszlee Malik, wakil UNHCR ke Malaysia, Thomas Albrecht dan Pengerusi IKIM, Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty.

Tiga orang panel memberikan pandangan serta analisis dalam persidangan ini iaitu Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Haji Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar; Persatuan Jaringan Islam Global Masa Depan (REC), Datin Nur Azlina Abdul Aziz, dan ABIM, Tuan Mohd. Khairil Anwar Ismail.

Pembentangan disusuli perbincangan dan rumusan terhadap isu pelarian merentas sempadan agama dan bangsa. keperluan pendidikan kepada pelarian, membuka ruang pekerjaan kepada pelarian, hal ehwal perkahwinan dan perceraian dalam kalangan pelarian serta keperluan memasukkan pengajaran berkaitan kemuliaan insan dalam kurikulum Pendidikan.

Dalam persidangan ini juga  menekankan bahawa pentingnya memberi penjelasan kepada pelajar tentang seruan al-Quran untuk saling mengenali antara pelbagai anutan agama dan kaum di samping hakikat insan yang amat akrab antara satu sama lain sebagaimana ditekankan dalam Hadis Nabi SAW.

 

Scroll to Top