IKIM ANJUR SIMPOSIUM ANTARABANGSA PERMARTABATAN KEMULIAAN INSAN

\"\"

KUALA LUMPUR, 5 Julai 2023  (IKIM) – Simposium Antarabangsa Memartabatkan Kemuliaan Insan dalam Budaya Hidup Damai bertujuan memperluas kefahaman mengenai konsep kemuliaan insan dan budaya hidup damai dari perspektif pelbagai dimensi, sebagai asas kepada kepelbagaian aspek kehidupan rakyat di negara ini.

Acara yang daiadakan selama  dua hari itu, dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) turut memberi tumpuan kepada  kepada mencipta idea baharu mengenai konsep tersebut yang berkait dengan pelbagai aspek yang boleh dizahirkan dalam tindakan dan hasil yang positif.

Sementara itu ketika berucap merasmikan majlis itu di ibu negara, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM),  Prof Datuk Dr Mohammad Nur Manuty berkata, simposium itu merangkumi  topik penting mengenai kepentingan mengangkat dan memelihara kemuliaan manusia bagi usaha mewujudkan dan mengekalkan budaya hidup damai serta persefahaman dalam sesebuah masyarakat.

Scroll to Top