DENGAR RADIO IKIM DI MANA SAHAJA MENERUSI APLIKASI MUDAH ALIH RADIO IKIM, AUDIO+ DAN MYTV MANA-MANA

\"\"

Sejak dilancarkan pada 2015, lebih 150 ribu pengguna telah memuat naik aplikasi mudah alih radio IKIM menerusi Google Play dan Apple App Store. 

Radio IKIM terus mengajak pendengar setianya dan pengguna telefon pintar memuat turun aplikasi peranti pintar radio IKIM menerusi Google Play dan Apple App Store yang membolehkan pengguna mendengar radio IKIM dimana sahaja, mendengar semula rancangan-rancangan yang telah bersiaran menerusi menu podcast dan mendapatkan info segmen dan penyampai-penyampai radio IKIM.

\"\"

Antara menu yang menarik di aplikasi ini, pendengar boleh mengetahui maklumat 10 lagu terakhir yang disiarkan di radio IKIM. Dengan memilih menu ini, pengguna boleh mengetahui nama  penyanyi atau kumpulan serta tajuk lagu yang disiarkan untuk 10 lagu tersebut. 

\"\"

Aplikasi radio IKIM boleh dimuat turun dengan mencari kata kunci radio IKIM atau IKIMfm menerusi Google Play dan Apple App Store di peranti pintar anda.

Sebagai usaha memperluaskan platform untuk mendengar radio IKIM, terkini radio IKIM juga telah menjalin kerjasama dengan Audio+ iaitu aplikasi peranti pintar terbaharu milik Media Prima Audio. Menerusi kerjasama ini, streaming radio IKIM turut boleh diikuti dengan memuat naik aplikasi Audio+ menerusi Google Play, Apple App Store dan Huawei App Gallery. 

Pada masa yang sama, radio IKIM juga turut menjalinkan kerjasama dengan  MYTV yang telah melancarkan perkhidmatan siaran TV penstriman Over-the-top (OTT) MYTV Mana-Mana, yang membolehkan streaming radio IKIM diikuti menerusi laman web mana2.my dan boleh dimuat turun menerusi aplikasi menerusi Google Play, Apple App Store.

\"\"

Scroll to Top